Pusingan pertama pertandingan mobile legendsPusingan pertama pertandingan mobile legends

Oleh: Nur Aliah Asyiqin Binti Fatoni

TANJONG MALIM, 24 MEI 2025 – Persatuan Geografi (PERGEO) dari Fakulti Sains Kemanusiaan (FSK) telah menganjurkan Pertandingan E-Sport : Mobile Legends Bang Bang – Ultimate Showdown.

Program GeoEnviro Month (MIGAS) 2025 ini diadakan bagi meraikan Minggu Geografi dan Alam Sekitar yang bertujuan untuk memberikan pendedahan, pengetahuan dan kesedaran kepada mahasiswa/i berkaitan kepentingan dalam memastikan kelestarian alam sekitar.

Sejajar dengan kepentingan ini, Pertandingan E-Sport Mobile Legends : Ultimate Showdown dianjurkan oleh Exco Sukan, Rekreasi dan Kebudayaan (SPOREX) , Persatuan Geografi (PERGEO) juga bertujuan untuk mencungkil bakat dalam bidang sukan, memperkukuh jaringan sosial, serta mengasah kemahiran insaniah seperti kepimpinan dan komunikasi.

Program ini terbuka kepada semua pelajar AT33 ISMP Geografi dan diharap dapat menjadi platform yang menggalakkan penyertaan aktif dalam sukan E-Sport serta memperkukuh semangat kesatuan dalam kalangan mahasiswa/i terutamanya aktivis Persatuan Geografi (PERGEO).

Perkara ini juga diambil melalui matlamat pembangunan Lestari (SDG) iaitu SDG 3 kesihatan yang Baik dan Sejahtera (Good Health and Well-Being) Memastikan kehidupan yang sihat dan menggalakkan kesejahteraan pada semua peringkat umur.

Manakala melalui SDG 15 Keamanan, Keadilan dan Institusi yang Kuat (Peace, Justice and Strong Institutions). Menggalakkan pembentukan masyarakat yang aman dan menyeluruh untuk pembangunan mampan, menyediakan akses kepada keadilan untuk semua dan membina institusi yang berkesan, bertanggungjawab dan menyeluruh pada semua peringkat.

Pertandingan tersebut telah berjaya menarik penyertaan sebanyak 8 pasukan yang terdiri daripada pelajar fakulti sains kemanusiaan  (FSK) dan juga terbuka kepada pelajar diluar fakulti sains kemanusiaan antaranya yang menyertai daripada fakulti sains dan matematik (FSM), fakulti pembangunan ekonomi (FPE), fakulti bahasa dan komunikasi (FBK) dan fakulti pembangunan kemanusiaan (FPM).

Pertandingan yang diadakan di Bilik Interaksi FSK ini dianjurkan oleh exco sporex dengan kerjasama majlis tertinggi PERGEO.

Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk membina kemahiran komunikasi, kerja berpasukan dan menyemai semangat kesukanan dalam kalangan pelajar menerusi medium digital yang semakin popular masa kini.

 Bermula seawal jam 8:30 a.m, program diisi dengan pendaftaran peserta dan pelawat melalui imbasan  dua “bar code” yang berlainan disediakan dan pemberian sarapan iaitu roti dan air mineral juga diberikan kepada mereka yang hadir.

Pertandingan dijalankan secara berperingkat iaitu bermula dengan pusingan pertama dibahagikan kepada 4 kumpulan A dan 4 kumpulan B dan perkara yang sama dilakukan pada pusingan kedua.

Setiap permainan sedang berjalan, pemain tidak dibenarkan untuk melihat “gameplay” yang ditayangkan di kaca tv di hadapan bagi mengelakkan sebarang penipuan berlaku.

Seramai 8 pasukan telah menyertai pertandingan mobile legends dan setiap kumpulan terdiri daripada  “Sistem gelap”, “Noir divinas”, “Nexus star”, “Team lucu”, “Barbar kidz”, “Team biasa2 ppmas”, “Blood brothers” dan “Team 5” . Namun begitu , terdapat satu kumpulan yang tidak hadir tanpa sebab pada saat-saat akhir sebelum pertandingan.

Maka dengan itu, team 5 diisytiharkan sebagai kalah tanpa bertanding dan team Blood Brothers yang sepatutnya berlawan dengan team 5 secara automatik menang tanpa bertanding dan berjaya pergi ke pusingan kedua. Bagi keputusan semi final Blood Brother menang menentang Nexus Star dan BarBar Kidz menang menentang Team Lucu.

Berdasarkan kepada “best of three”, pusingan akhir pertandingan mobile legends menentang Blood Brothers dan BarBar Kidz dimenangi oleh BloodBrothers dengan kutipan mata 2-0.

Penyertaan caster menyemarakkan lagi suasana pusingan akhir apabila caster menjadi pengulas kepada perlawanan akhir dan tayangan langsung dibuat bagi menambah lagi penonton

Program ini berjaya mendapat sambutan semua pelajar yang menyertai kerana pertandingan ini merupakan antara e-sport yang banyak digemari. Kehadiran TPP 1 dan TPP 2 turut menunjukkan sokongan penuh terhadap pelaksanaan Pertandingan E-Sport : Mobile Legends Bang-bang – Ultimate Showdown, sekali memberikan suntikan semangat kepada seluruh peserta dan ajk.

Barbar Kidz
Team Lucu
Blood Brothers
Nexus Star
Noir Divinas
Team Biasa2 PPMAS
Sistem Gelap

Pengarah Program, Nur Syazwina Khairol amat berterima kasih kepada 17 orang ajk yang membantu dalam menjayakan program pertandingan mobile legends dan juga tidak melupakan kepada semua peserta yang terlibat kerana memberikan kerjasama yang baik dalam menyemarakkan suasana ketika pertandingan berlangsung.

Sementara itu, exco sporex berharap selagi permainan  mobile legends dilaksanakan secara terkawal, e-sukan boleh menjadi waddah yang membentuk pelajar menjadi individu yang lebih bertanggungjawab dan berdisiplin.