Aktiviti gotong-royong memotong daging korban oleh peserta dan sukarelawan terlibat.Aktiviti gotong-royong memotong daging korban oleh peserta dan sukarelawan terlibat.

Oleh: Maznah Othman dan Masnah Mohd Hussin

Tanjong Malim, 13 Jun 2025 –  Sambutan Ibadah Korban & Aqiqah Tahun 1446H/2025 anjuran Pusat Islam, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah berlangsung di perkarangan Masjid Al-Mursyidin, Kampus Sultan Azlan Shah, pada 10 Jun 2025.

Sebanyak 14 ekor lembu korban telah disempurnakan dengan penyertaan aktif daripada warga UPSI merentas pelbagai jabatan dan komuniti kampus.

Lensa Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Pusat ICT) tidak ketinggalan merakam detik-detik menarik, termasuk penglibatan langsung warga Pusat ICT semasa program berlangsung.

Dua kakitangan dari Pusat ICT telah diberi kepercayaan untuk memimpin bahagian penting dalam pelaksanaan program ini. Encik Ridzuan Abdul Kadir mengetuai bahagian melapah, manakala Puan Nurul Amalni Abdul Wahab pula memimpin bahagian dapur.

Keterlibatan di luar skop tugas hakiki oleh peserta dan sukarelawan dari Pusat ICT dan kakitangan pelbagai jabatan yang lain dalam program seumpama ini bukan sahaja merakam detik-detik bermakna, malah menjadi simbol semangat ukhuwah dan pengorbanan warga kampus.

Antara detik-detik yang sempat dirakam melalui lensa Pusat ICT dalam bingkisan gambar berikut — simbolik semangat, dedikasi dan kerjasama seluruh warga kampus!

Antara aksi kakitangan Pusat ICT dirakam lensa ketika membantu kerja-kerja dapur dalam Majlis Sambutan Ibadah Korban dan Aqiqah 1446H/2025 UPSI.
Nurul Almani seperti tahun sebelumnya mengetuai bahagian dapur sambil dibantu oleh sukarelawan lain ketika menyediakan bahan masakan.
Ridzuan (baju-T ungu) memimpin bahagian melapah sambil dibantu oleh peserta dan sukarelawan yang terlibat.
Sukarelawan dari pelbagai jabatan bersama-sama menjayakan Majlis Sambutan Ibadah Korban & Aqiqah Tahun 1446H/2025 anjuran Pusat Islam, UPSI.