Oleh: Maznah Othman
Tanjong Malim, 27 Mei 2025 – Baru-baru ini, warga Pusat Teknologi Maklumat & Komunikasi (PICT) UPSI telah menyertai Retreat Tahunan 2025 yang berlangsung dari 22 hingga 25 Mei di MU Hotel, Ipoh. Program empat hari ini menjadi platform penting bagi menyemak pencapaian semasa dan merangka Pelan Strategik Pendigitalan UPSI 2026–2030, selaras dengan aspirasi universiti ke arah transformasi digital.
Retreat ini turut menampilkan sesi pembentangan, perbincangan strategik dan aktiviti kolaboratif yang mencerminkan semangat kebersamaan dalam menjayakan misi digital UPSI.
Antara sorotan menarik termasuk sesi pembentangan strategik oleh Ketua Pegawai Digital, Ts. Dr. Megat Azrin Ahmad, serta malam apresiasi bertemakan ‘Masquerade Night’ yang menyerlahkan gaya santai dan hubungan erat sesama warga PICT.
Sorotan momen sepanjang Retreat PICT 2025 — dari kolaborasi hingga perkongsian strategik, membentuk satu kenangan bermakna dan semangat baru buat semua warga Pusat ICT.

Retreat ini turut menampilkan sesi pembentangan, perbincangan strategik dan aktiviti kolaboratif yang mencerminkan semangat kebersamaan dalam menjayakan misi digital UPSI.

Antara sorotan menarik termasuk sesi pembentangan strategik oleh Ketua Pegawai Digital (CDO), Ts. Dr. Megat Azrin Ahmad, serta malam apresiasi bertemakan ‘Masquerade Night’ yang menyerlahkan gaya santai dan hubungan erat sesama warga PICT.

Sorotan momen sepanjang Retreat PICT 2025 — dari kolaborasi hingga perkongsian strategik — membentuk satu kenangan bermakna dan semangat baru buat semua warga Pusat ICT.
