Penyampaian STEM in 30 seconds oleh wakil pelajar SEMEKA, Yogannath A/L Subashankar (5 Sains) Penyampaian STEM in 30 seconds oleh wakil pelajar SEMEKA, Yogannath A/L Subashankar (5 Sains)

Oleh: Prof. Madya Ts. Dr. Shahrul Kadri Ayop dan Fauziah Huyop

Hulu Selangor, 7 Julai 2025 – SMK Kalumpang (SEMEKA) telah mengadakan Program Sains, Teknologi dan Inovasi 100³ (STI 100³) pada 7 Julai 2025, sebuah inisiatif di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia yang bertujuan memupuk dan memperkasakan kesedaran serta minat terhadap bidang Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) dalam kalangan pelajar sekolah.

Program yang dimulakan dengan penyampaian STEM in 30 seconds ini melibatkan penyertaan penuh warga sekolah SEMEKA.

Program diteruskan dengan sesi perkongsian yang menarik daripada penceramah jemputan iaitu Prof. Madya Ts. Dr. Shahrul Kadri bin Ayop dari Fakulti Sains dan Matematik, UPSI.

Perkongsian Saintis UPSI di SEMEKA

Dalam program bertemakan “Scientists@ School : Jom STI” beliau menyingkap keajaiban bunyi melalui sains, serta mengetengahkan kepentingan STI dalam membentuk warganegara celik sains yang bersedia menghadapi cabaran masa depan.

Penganjuran program ini sejajar dengan usaha berterusan kementerian dalam menyemai budaya saintifik dan inovatif sejak peringkat awal persekolahan.

Dengan pendekatan interaktif dan berimpak tinggi, STI 100³ menjadi platform penting dalam merangsang kreativiti dan pemikiran saintifik pelajar sekolah.

Program STI 100³ dan STEM in 30 Seconds dilaksanakan secara serentak di semua sekolah seluruh negara dan dicatatkan dalam Malaysia Book of Records iaitu Largest Assembly of Malaysian Scientists for STEM Outreach Program Scientists@Schools: Jom STI! dan Largest Participation of Schools in STEM Outreach Program Scientists@Schools: Jom STI!