Staf PKM Bergambar RamaiStaf PKM Bergambar Ramai

oleh: Arissa Hasya Auni

Tanjung Malim, 30 Julai 2025  –  Pejabat Karang Mengarang (PKM) mengikut jejak langkah Universiti yang menyediakan 2.3 tan durian sempena Hari Keluarga UPSI dengan membawa 33 kilogram durian sempena Program Berkhelah Juadah Bawaan (Potluck) dan Kongsi Rezeki PKM berlangsung pada hari ini bertempat di Ujana Muallim.

Timbalan Pendaftar Kanan PKM, Ahmad Janatul Firdaus Dzulkarnain berkata ini merupakan tahun kedua program melibatkan penyediaan durian diadakan. Pada tahun lepas, aktiviti berlangsung di kebun mantan Pendaftar UPSI, Dato’ Rusley Taib di Kalumpang. Menurut Ahmad, Program Berkhelah, Juadah Bawaan dan Kongsi Rezeki PKM juga kali dua berlangsung di Ujana Muallim.  

Fasiliti menarik di Ujana Muallim
Antara staf PKM yang menyediakan ”Serawa Durian”

”Ujana Muallim menyediakan ruang yang sesuai untuk aktiviti berkhelah dan rekreasi. Seramai 22 orang staf PKM dan seorang pelajar latihan industri memeriahkan program kali ini” kata Ahmad.

Sempena majlis ini, turut diadakan Majlis Perpisahan Pelajar Latihan Industri, Joshua Andrew Anak Roland, pelajar Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Perisian (Perisian Pendidikan) dengan kepujian dari UPSI. Joshua menjalani latihan industri di PKM sejak 17 Februari 2025.

Setiap kakitangan PKM diberi ruang untuk memberi ucapan dan kata semangat kepada Joshua.  Sesi ini berlangsung dalam suasana santai dan harmoni.

Joshua bersama Dr Lali dalam Sesi Penyampaian Hadiah
Antara penerima cabutan bertuah
Antara penerima cabutan bertuah

Turut berlangsung ialah penyampaian hadiah sempena Cabutan Bertuah Kongsi Rezeki yang disempurnakan oleh Timbalan Pengarah (Penarafan dan Pengantarabangsaan) yang mewakili Pengarah PKM, Dr Laili Farhana Md Ibharim. Empat nama yang bertuah termasuklah Faridah Hanim Aziz @ Adan, Zuzalina Zulkanain, Ilyah Nazrah Jamalludin dan Joshua Andrew Anak Roland.

Selain menikmati juadah utama, durian, staf PKM turut bergotong royong menyediakan ”Serawa Durian” sebagai salah satu menu tambahan selain Mi Goreng, Roti Jala, Sandwich, Nasi Lemak, Jemput Jemput, Kek Pisang, Pandan Swiss Roll, Pau, Kacang,Kuaci, air minuman dan air kordial.

”Program seperti ini akan diadakan setiap tahun.” kata Dr Laili ketika mengakhiri perbualan.