Oleh: Nur Shazwani Yunus

Tanjong Malim, 25 Oktober 2025 – Program 5KM Fun Walk Peace 2025 dianjurkan oleh Penganjur Utama Velocity 4 Stride Sdn. Bhd. dan disokong oleh International Association of Educators for World Peace (IAEWP) dengan kerjasama dari Kolej Za’ba dan Pusat Sukan, UPSI.

Acara ini diadakan serentak di 18 lokasi di seluruh Malaysia pada 25 Oktober dengan pentas utama di Gerbang Suria, UPSI, Perak

Objektif utama penganjuran 5KM Fun Walk Peace 2025 adalah untuk mempromosikan keamanan, perpaduan, dan kesedaran tentang isu-isu global dalam kalangan masyarakat.

Timbalan PPD Pembangunan Murid, PPD Muallim, Faizal Omar, berkata Fun Walk ini menggalakkan penyertaan dalam aktiviti fizikal seperti berjalan kaki untuk kesihatan dan kesejahteraan dalam kalangan komuniti.

Selain itu dapat menerapkan nilai-nilai keamanan melalui aktiviti kemasyarakatan, dengan harapan dapat melahirkan generasi yang mencintai keamanan.

Dengan menggabungkan tema keamanan dan kesukanan, acara ini menyokong sambutan Hari Sukan Negara untuk membudayakan sukan dalam kehidupan seharian dan program ini juga menggalakkan penyertaan daripada semua lapisan masyarakat, termasuk pelajar dan komuniti, untuk terlibat dalam aktiviti fizikal.

Terdapat pelbagai hadiah menarik yang bakal dimenangi, termasuk hadiah utama seperti sebuah kereta Perodua Axia dan sebuah motosikal.

UPSI sebagai venue Fun Walk yang strategik dari aspek kemudahan fasiliti dengan panorama yang indah.