Tanjong Malim, 25 Oktober 2025- Persatuan Mahasiswa Sejarah (PERMAS), Fakulti Sains Kemanusiaan (FSK), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah menganjurkan program Historian’s Week. Program ini berlangsung di Dewan Kuliah Pusat 6, Kampus Sultan Azlan Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Program ini melibatkan para pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sejarah dengan kepujian ambilan sese 2025/2026.

Program ini dijalankan secara dua sesi iaitu sesi pagi dan sesi malam. Program ini bertujuan untuk merapatkan hubungan silaturahim antara pelaajr-pelajar ambilan baharu. Pelajar ambilan baharu ini datang daripada latar belakang seperti negeri, budaya, dan lain-lain. Oleh hal demikian, program ini menjadi medium yang terbaik untuk para pelajar ambilan baharu mengenali serta merapatkan ukhuwah antara satu sama lain. Tambahan pula, program ini juga membina semangat kerja berpasukan selain memupuk ciri kepimpinan dalam diri.

Program Historian’s Week ini telah memberikan pengalaman yang bermakna buat para pelajar ambilan 2025/2026. Program ini berjalan secara 2 sesi di mana sesi 1 bermula padajam 8:30 Pagi bertempat di Padang Kampus Sultan Abdul Jalil Shah. Pada sesi 1, aktiviti sukaneka telah dijalankan. Para pelajar dibahagikan kepada 6 kumpulan masing-masing mempunyai 9-10 individu.

Setiap kumpulan diberikan pasangan masing-masing untuk berlawan antara satu sama lain. Terdapat 5 jenis permainan yang dipertandingkan dalam sukaneka tersebut. Namun, tujuan utama sukaneka ini adalah untuk berseronok sambil mengenali rakan-rakan baharu. Antara permainan yang disediakan adalah “Sendiri Sembur”. Permainan ini diberikan nama tersebut kerana para pelajar dikehendaki menggigit pinggan polistirena yang berisi tepung dan memindahkan tepung tersebut ke dalam pinggan lain yang digigit rakannya tanpa menggunakan tangan. Melalui aktviti yang dijalankan, para pelajar dapat menikmati keseronokan dan melupakan hal-hal berkaitan pelajaran buat seketika waktu. Aktiviti lain juga dilakukan bertujuan untuk memberikan kebebasan kepada para pelajar buat seketika waktu.

Pada sesi dua pula, para pelajar dikehendaki untuk membuat Persembahan Malam Kebudayaan. Para pelajar telah diberikan pilihan untuk memilih sama ada persembahan nyanyian, lakonan, atau tarian. Tema Persembahan Malam Kebudayaan tersebut adalah tema klasik. Para pelajar telah menunjukkan usaha yang tinggi dalam persediaan untuk membuat persembahan tersebut. Terdapat pelajar yang sanggup membeli pakaian baharu untuk membuat persembahan. Lakonan yang dibawa juga amatlah mengujakan. Usaha yang dicurahkan amatlah baik sehingga mendapat pujian Penasihat Persatuan Mahasiswa Sejarah iaitu Mohamad Kamal Kamaruddin. Setelah itu, pengumuman Nama Batch, Ketua Batch dan Penolong Ketua Batch diumumkan. Nama Batch pelajar ambilan sesi 2025/2026 ialah Tun Teja. Pelajar yang dipilih sebagai Ketua Batch ialah Noor Ameeruddin bin Mohd. Aris manakala Penolong Ketua Batch ialah Nur Amalina Maisarah binti Azman. Ketiga-tiga nama tersebut dipilih setelah undian yang dilakukan oleh kesemua pelajar ambilan sesi 2025/2026.

Diharapkan agar program ini dapat memberikan manfaat kepada pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sejarah dengan Kepujian ambilan sesi 2025/2026. Program ini diharapakn dapat memberikan ketenangan kepada pelajar baharu ini yang mungkin mengalami home sick setelah sebulan berada di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Aktivti santai dan menyeronokkan ini diharapkan dapat memberikan ruang kepada mereka untuk melepaskan segala kepenatan yang dialami.

Program ini diharapkan dapat mengembalikan fikiran dalam keadaan stabil kerana mungkin terdapat pelajar yang mengalami tekanan kerana bebanan kerja yang dihadapi. Kesimpulannya, program ini diharapkan dapat memberikan seribu satu makna kepada para pelajar baharu tersebut.