Oleh Wan Nur Izzah Binti Wan Roslan & Dr Ahmad Saufiyyan Bin Abu Hassan 

TANJUNG MALIM — Sumber: Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bakal menjadi  tumpuan peminta seni tanah air apabila dijadualkan sebagai tuan rumah kepada konsert  “Gendang Pati” yang menampilkan lagenda muzik negara, Dato’ (Dr.) M. Nasir, pada 17  Januari 2026. Konsert ini akan dijalankan untuk berlangsung di Dewan Tuanku Canselor  (DTC), UPSI, bermula jam 8.30 malam.

Konsert ini merupakan anjuran daripada Fakulti Muzik dan Seni Persembahan (FMSP) dan ia  merupakan kesinambungan daripada konsert asall Gendang Pati yang pernah dipentaskan oleh  beliau lebih dua dekad lalu. Walau bagaimanapun, persembahan yang akan disampaikan kali  ini diberikan pembaharuan bagi menyesuaikannya dengan peredaran masa serta konteks

universiti. Inisiatif ini bukan sahaja bertujuan untuk memberi hiburan malah berfungsi sebagai  platform apresiasi seni berprofil tinggibuat warga kamus dan komuniti setempat

Mahasiswa/i dan peminat seni tempatan menyatakan rasa amat teruja serta bersemangat untuk  menyaksikan persembahan yang akan dilakukan oleh “Sifu” muzik negara secara langsung di  kampus. Seorang penonton yang ditemui menyatakan harapan yang tinggi untuk berjumpa  Dato’ (Dr.) M. Nasir secara dekat, selain menyifatkan penganjuran ini sebagai peluang yang  jarang diperolehi. 

Bagi memeriahkan lagi suasa, pihak penganjur telah menyediakan tawaran harga tiket yang  istimewa buat mahasiswa/i UPSI pada harga RM39 sahaja. Tiket khas ini melibatkan kategori  tempat duduk bebas (free seating) di aras 2 dewan tersebut. Namun tiket ini hanya ditawarkan  kepada 700 pembeli terawal sahaja.

Penganjuran ini dilaksanakan agar dapat menyemarakkan lagi industri kreatif di peringkat  universiti selaras dengan aspirasi Malaysia Madani. Para pelajar yang berminat boleh segara  melakukan pembelian tiket melalui pautan Google Form di  https://forms.gle/mqoe1rydzP3wjTze7 dan penonton juga boleh membuat pembelian tiket  melalui platform Ticket2u di pautan https://www.ticket2u.com.my/event/46312/konsert

gendang-pati-m.-nasir

Ayuh warga kampus dan peminat sini sekalian! Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk  menyaksikan sejarah tercipta di hadapan mata anda sendiri. Mari sama-sama kita penuhkan  Dewan Tuanku Chanselor dan bangkitkan semangat sini dalam satu malam yang bakal menjadi  memori sepanjang zaman. Segera dapatkan tiket anda sebelum terlambat.