oleh: Arissa Hasya Auni

Tanjong Malim, 16 Mac 2026 – Pejabat Karang Mengarang (PKM) menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran pada hari ini bertempat di Pejabat PKM.

“Majlis ini merupakan acara tahunan PKM bagi menyemarakkan bulan Ramadan dengan memperbanyakkan  bacaan Al-Quran di bulan mulia”  kata Pengarah PKM, Profesor Madya Dr Nordiana Hamzah.

Menurut Dr Nordiana, sesi dikhaskan dari jam 8 pagi sehingga 9 pagi setiap hari bekerja. Pada kali ini, staf lelaki menyempurnakan bacaan Al-Quran dari Juzuk 1 sehingga Juzuk 15 manakala staf wanita pula membaca dari Juzuk 16 sehingga Juzuk 30 sepanjang tiga minggu ini.

Dr Nordiana bersama staf selepas selesai majlis
Suasana dalam Bilik Mesyuarat
Suasana dalam Bilik Mesyuarat

Majlis Khatam Al-Quran berlangsung pada jam 9 pagi dengan kehadiran lebih 15 orang staf dan juga Pelajar Latihan Industri. PKM menyediakan bunga telur dan pulut berserta rendang kepada mereka yang hadir. Ini merupakan juadah tradisi diberikan kepada kakitangan setiap tahun di PKM. Majlis ini dipimpin oleh Muhammad Shahrul Mizan Mohamed Nizam dan Mohamad Rosni Rosli.