Oleh: Bibi Aifa Insyirah Jaiyudi Dr. Mohamad Ihsan Muhamad Ismail &

Tanjung Malim Perak, 20 Mei 2026 – Program Pulse of Humanity: Blood Donation Campaign telah berlangsung dengan jayanya di Student Lounge, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah (KSAJS), Universiti Pendidikan Sultan Idris anjuran EXCO Logistics and Equipment Persatuan Geografi dengan kerjasama Himpunan Anak Kedah, Hospital Slim River serta sambutan yang menggalakkan daripada para peserta yang terdiri daripada mahasiswa/I serta kakitangan Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Program ini dijalankan bagi meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menderma darah di samping membantu menambah bekalan darah untuk kegunaan pesakit yang memerlukan. Program ini dianjurkan oleh Saudara Nik Khairul Ikhwan bin Khalil (Pengarah Program) serta telah berjaya menarik penyertaan seramai 82 orang peserta.

Sesi taklimat ringkas dari petugas kesihatan Hospital Slim
Peserta mendaftar dan menjalani proses pemeriksaan kesihatan sebelum menderma darah

Sebanyak 65 beg darah berjaya dikumpulkan untuk disalurkan kepada pihak hospital bagi membantu pesakit yang memerlukan rawatan. Ia sejajar dengan matlamat United Nations melalui SDG 3 (Kesihatan Baik dan Kesejahteraan) dengan menggalakkan gaya hidup sihat dan SDG 17 (Kerjasama Demi Matlamat) melalui kerjasama yang kuat antara ahli jawatankuasa pelaksana program dan peserta.

Pendaftaran peserta bermula seawal 9 pagi dan diikuti dengan sesi taklimat ringkas berkaitan prosedur pendermaan darah serta langkah keselamatan yang perlu dipatuhi sepanjang program berlangsung. Para peserta turut diberikan pemeriksaan kesihatan asas sebelum dibenarkan menjalani proses pendermaan darah.

Sesi penyerahan cenderamata kepada pihak Hospital Slim
Petugas kesihatan dari Hospital Slim dan Ahli Jawatankuasa Pelaksana Program Pulse of Humanity: Blood Donation Campaign

Sebagai tanda penghargaan atas kerjasama dan sokongan yang diberikan, sesi penyerahan cenderamata telah diadakan kepada wakil Hospital Slim River pada penghujung program. Penyerahan cenderamata ini melambangkan penghargaan pihak penganjur terhadap komitmen serta jasa petugas kesihatan yang telah membantu melancarkan pelaksanaan Program Derma Darah dan memastikan setiap proses dijalankan dengan selamat serta teratur.

Secara keseluruhannya, Program Pulse of Humanity: Blood Donation Campaign ini berjaya mencapai objektifnya dalam memupuk kesedaran masyarakat tentang kepentingan menderma darah serta menyemai nilai kemanusiaan dan keprihatinan dalam kalangan peserta. Program seperti ini diharapkan dapat diteruskan pada masa akan datang bagi membantu meningkatkan bekalan darah dan memberi manfaat kepada masyarakat.