12871463_212606469103223_2434259406296492649_n

Batang Kali, 28 Mac 2016  – Encik Tahir Nuruddin dinobat pemenang utama pertandingan memancing sempena pertandingan Juara Joran Kesatuan Pegawai Am (KPA) setelah berjaya menaikkan ikan siakap seberat 1290 gram sekaligus membawa pulang hadiah kemenangan berupa wang tunai RM500.00.

Menurut Encik Tahir yang juga pemandu di UPSI, beliau berasa gembira dan teruja apabila dinobatkan pemenang pertandingan itu dan berharap hadiah kemenangan dapat ditambah pada masa akan datang.

12376640_212606672436536_48317997829032072_n

Sementara itu, Presiden KPA, Puan  Nazeema Bebe Mohamed Yusof berkata, keseluruhan program anjuran kali pertama Biro Sukan & Rekreasi, KPA yang diadakan di Kolam Memancing Happy Pond, Batang Kali itu mendapat sambutan baik.

“Sambutan yang diterima sangat menggalakkan dengan penyertaan seramai 30 orang peserta terdiri daripada  ahli kesatuan, warga UPSI dan penyertaan luar dan Insya-Allah pada masa akan datang cabaran pertandingan ini akan diadakan bukan sekadar di kolam tetapi di laut untuk keseronokan kaki pancing,” katanya.

Tempat kedua dimenangi oleh Roslyzam Safian dengan ikan seberat 1255 gram, tempat ketiga dimemangi oleh Encik Khairuzzaki Abdul Ghapor dengan ikan seberat 1240gram, tempat keempat dan kelima dimenangi oleh peserta luar iaitu, Encik Muhammad Dhiyauddin dengan ikan seberat 1225 gram dan Encik Muhammad Naim dengan ikan seberat 1200 gram. Turut diadakan cabutan hadiah misteri dan cabutan bertuah.

Gambar : Ihsan Fb Pentadbir KPA UPSI

Artikel ini diterbitkan pada 28 Mac 2016.

By epena

e-PENA, Gapura Media UPSI

Tinggalkan Balasan

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)