Oleh: Hazimah Hussin

 

Tanjong Malim, 25 Mac – Seramai 38 orang peserta daripada kalangan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Majlis Tertinggi serta Exco Kelab Rekreasi Luar UPSI (KERLU) berjaya menawan Gunung Liang,  Behrang, Perak yang mempunyai ketinggian 1993 meter.

Pengarah Program, Angesia Cooper Anak Ningkan berkata, mereka memulakan pendakian pada jam 3.30 petang dan tiba di tapak kem yang pertama iaitu Lubuk Hantu kira-kira 3 jam kemudian.

“Pendakian diteruskan pada jam 8.00 malam dan kami tiba di tapak kem kedua (kem 7e) sekitar jam 2.00 pagi. Pendakian ke tapak kem kedua mengambil masa yang agak lama disebabkan oleh faktor trek yang agak mencabar,”.

“Keesokan harinya pendakian disambung seawal jam 7.00 pagi, dan kami berjaya sampai ke Puncak Gunung Liang dan tiba di puncak tepat jam. 8.40 pagi,” katanya.

Tambah beliau, semua peserta sangat teruja dan terpegun dengan keindahan pemandangan dari puncak itu.

“Setelah melepaskan lelah sambil menghirup udara yang nyaman, serta bergambar kenangan kami turun pada jam 1.00 tengahari dan tiba di kaki Gunung Liang pada jam 5.30 petang,” katanya.

Tambah beliau, program itu diadakan bertujuan menguji kekuatan fizikal dan mental para peserta serta sebagai pendedahan kepada para pelajar UPSI kepada alam sekitar.

“Para peserta juga turut didedahkan dengan pengetahuan “survival” dan khidmat alam sekitar ketika program berlangsung. Selain itu, program ini juga diadakan bagi melihat sikap kepimpinan dan kerjasama antara satu sama lain meskipun berbeza umur dan jurusan pengajian,” katanya.

Ekspedisi itu merupakan ekspedisi kali kedua yang dilaksanakan oleh KERLU di mana yang pertama kalinya telah diadakan pada November 2016.

 

#cemerlangbersama #upsibest #UPSIMalaysia#soaringupwards#pioneeringversatility #upsino1pendidikan

UPSI, Universiti No.1 Pendidikan | UPSI, No.1 Education University

By epena

e-PENA, Gapura Media UPSI

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)