Oleh: Nur Ain Najihah & Anis Azureen
foto: Nurul Hasniza Mohd Rashid
TANJONG MALIM – Kontinjen Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) menguasai liga silat dengan merangkul tiga emas dan satu perak pada hari terakhir acara itu hari ini.
Pingat emas telah dimenangi oleh Muhammad Firdaus Israj dalam kategori Putra B serta Putri A dan B, Ummi Zatie Jabariah Hassan dan Siti Nor Alia Kartika Mohamed Shaihan manakala pingat gangsa diperoleh Iffah Syafiah Mohamad Ilham dalam kategori Putri D.
Pingat yang diperoleh hari ini telah menambah pingat sedia ada yang diperoleh Jumaat lalu dan menjadikan jumlah pingat yang dimenangi sebanyak lima pingat emas, satu gangsa dan empat perak.
Dua pingat emas lain telah dimenangi dalam acara Silat Seni Putra tunggal, Umar Hafiz Roslee Amir menentang Akimi Lotfi Aminuddin dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Rentak kemenangan pertama itu telah diteruskan dalam acara silat seni putri ganda iaitu Nurul Syahirah Ahli bersama Aida Nasuha Rahim yang juga menentang atlet dari tuan rumah, Nur Azlin Syuhada Nor Ahmad Zamzuri dan Nurhanani Aqilah Yahya.
UPNM telah muncul sebagai juara keseluruhan untuk saingan acara silat, mengalahkan Universiti Islam Antarabangsa (IIUM) yang memperoleh empat emas dan satu gangsa.