Oleh: Nurul Izzah Beseri (Sukarelawan Media SUKIPT 2022)

UPSI, TANJONG MALIM- Bahang kejohanan Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) Edisi ke-5 telah menaikkan semangat tuan rumah, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) untuk menyasar 15 pingat emas tahun ini.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA), Profesor Dr Norkhalid Salimin menyata bahawa UPSI telah menyasarkan sekurang-kurangnya 15 pingat emas untuk kontinjen UPSI.

“UPSI menyasarkan 15 pingat emas dan sekarang kita berada di kedudukan lima teratas jika dibandingkan dengan SUKIPT yang sebelum ini kita berada di kedudukan yang kelapan secara keseluruhan” kata Norkhalid selepas majlis perasmian perkampungan sukan hari ini

Sebagai tuan rumah SUKIPT tahun ini, Norkhalid percaya bahawa UPSI mampu mendapat lebih dari 15 pingat emas dalam acara-acara yang sedang dipertandingkan tahun ini.

“Untuk pertandingan hari ini, UPSI sudah berjaya merangkul satu emas, dua perak dan 2 gangsa dan Insyaa-Allah emas akan menyusul lagi petang ini dari silat, karate, memanah, lawn bowl, renang, olahraga dan softball” katanya.

Kata Norkhalid, keputusan perlawanan setakat hari ini memuaskan hati dan beliau menantikan lebih lagi pingat emas dari wakil-wakil atlet UPSI. 

By Mohd Nazirul Afiq Ismail

Unit Media, Bahagian Komunikasi Korporat, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Pengarang e-Pena, mantan wartawan berita & rencana Mega Sains Utusan Melayu Malaysia Berhad, wartawan majalah Mastika, URTV, Infiniti. Ghost writer, suka travel dan suka taugeh. Jom menulis untuk e-Pena emelkan ke nazirul.ismail@upsi.edu.my