oleh: Muhammad Rais Mohd Nor (Jabatan Bendahari UPSI)
MELAKA 29 November 2022- Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) kerana telah berjaya mengekalkan sebagai agensi yang berjaya mendapat Anugerah Sijil Pematuhan SAGA 2022. Bendahari UPSI, Mohamad Najib Mohamed, telah menerima penganugerahan sijil tersebut daripada Akauntan Negara Malaysia, Datuk Dr Yacob Mustafa, dalam Majlis Anugerah Sijil Pematuhan SAGA 2022 (MASS) yang diadakan di Lacrista Hotel, Melaka.
Sistem Maklumat Kewangan (MyFIS Neo) unggul dengan mendapat pematuhan Standard Accounting System For Government Agencies (SAGA) selepas berjaya memenuhi semua kriteria yang diperlukan pada Mac lalu.
“Tahniah diucapkan kepada UPSI kerana Universiti Awam yang pertama berjaya mendapat Anugerah Sijil Pematuhan SAGA kali ke-2 dan telah berjaya menubuhkan Sistem Maklumat Kewangan (MyFIS Neo)” kata Yacob Mustafa, semasa ucapan aluan.
Setiap sistem perakaunan jabatan mestilah mematuhi reka bentuk sistem aplikasi perakaunan dan kewangan yang diluluskan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) dan Kriteria Pematuhan SAGA.
Tujuan sijil ini diadakan adalah bagi memastikan penyata kewangan dapat disediakan dengan lebih cepat, tepat, kemaskini, berintegriti, mematuhi piawaian perakaunan yang diterima pakai serta memantapkan pengurusan perakaunan dan kewangan Agensi Kerajaan.
Selain itu, tujuan sijil ini juga bagi memastikan keselamatan sistem, data dan maklumat terjamin dari aspek kerahsiaan (confidentiality), integriti (integrity) dan ketersediaan (availability) iaitu data dan maklumat dilindungi, terpelihara, lengkap dan boleh diakses pada bila-bila masa. – ePena