Oleh : Mohd Fitri Ab Ghani (PEGAWAI UMEDIA FPE)

Tanjong Malim: Fakulti Pengurusan dan Ekonomi (FPE) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menganjurkan ‘AURA @ FPE’ sebuah majlis bagi mengiktiraf penulisan dan penerbitan kakitangan akademik fakulti tersebut petang semalam.

Menurut Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, Profesor Dr. Suriani Abu Bakar, majlis berkenaan diadakan bagi menghargai dan mengiktiraf kecemerlangan yang dicapai oleh pensyarah dalam bidang penyelidikan, penerbitan, perundingan, pengkomersialan dan inovasi bagi tahun 2022.

Profesor Dr. Suriani Abu Bakar memotong tali belon sebagai gimik pelancaran perasmian Aura @FPE

“Senario semasa institusi pengajian tinggi (IPT) menuntut para akademia untuk bukan sahaja untuk meneroka, mendalami dan melebarkan ilmu pengetahuan sehingga mencapai tahap pakar rujuk, sebaliknya perlu menghasilkan jurnal dan penerbitan relevan kepada komuniti, industri dan negara” jelasnya semasa ucapan perasmian di Scholar Suite UPSI

Suriani dalam ucapannya turut merakamkan penghargaan kepada seluruh semua warga akademik FPE tetap unggul mencipta pelbagai kecemerlangan bidang penyelidikan, penerbitan, perundingan, pengkomersialan dan inovasi yang dihadiri 100 orang kalangan kakitangan akademik dan pentadbiran.

Sementara itu, turut hadir, Dekan FPE, Prof Madya Dr. Mohd Asri Mohd Noor berkata, Majlis Aura FPE ini secara tidak langsung memberi galakan kepada para kakitangan akademik untuk meningkatkan mutu kerjaya sebagai seorang pensyarah.

“Selain menerima sijil penghargaan, para kakitangan akademik yang telah memberikan sumbangan besar dalam penyelidikan, penerbitan, perundingan dan pengkomersilan pada tahun 2022 turut menerima ganjaran insentif wang tunai daripada pihak fakulti,” jelasnya. – ePena

Nota Pengarang: Debaran Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2022 semakin dikemuncaknya. Tak sabar nak lihat wajah-wajah warga kita yang cemerlang pada tahun lepas.

By epena

e-PENA, Gapura Media UPSI

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)