Oleh: Maizatul Akma Khairul Anuar & Nor Hayati Aziz

Gemas, Negeri Sembilan – Program Jelajah Ulul Albab 4.0: Future Caliph ke SMK Palong 7 yang berlangsung pada 18 Ogos hingga 20 Ogos 2023, anjuran Kelab Sahabat Ulul Albab (KeSUA) dengan kerjasama Pusat Ulul Albab (PUA) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berjaya mengumpulkan 60 orang pelajar yang terdiri daripada beberapa badan kepimpinan pelajar sekolah iaitu Pengawas Sekolah, Pembimbing Rakan Sebaya, Pengawas Pusat Sumber dan Pengawas Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT). Program Jelajah Ulul Albab yang diadakan selama 3 hari ini melibatkan seramai 13 orang fasilitator dalam kalangan Ahli KeSUA.

Jelajah Ulul Albab ini bertujuan menggilap bakat kepimpinan dalam kalangan badan kepimpinan pelajar sekolah khususnya dari segi kemahiran untuk berkomunikasi, kemahiran memimpin sebuah organisasi serta memupuk kerjasama dalam kumpulan mengikut badan kepimpinan pelajar masing-masing. Program ini juga membuka peluang kepada ahli-ahli Kelab Sahabat Ulul Albab untuk mempersiapkan diri sebagai bakal guru di masa hadapan kerana melalui program ini juga, ia akan melatih bakal guru mengenai cara untuk mengendalikan pelbagai jenis ragam pelajar serta dapat memberi bayangan akan situasi yang bakal dihadapi setelah menjadi seorang guru kelak.

Dalam program ini, Kelab Sahabat Ulul Albab berkongsi 4 modul kepimpinan iaitu Modul Ice Breaking, Modul Genius Aulad, Modul B.I.G Hero dan Modul Hello Stranger. Modul Ice Breaking dapat memastikan semua pelajar yang terlibat saling mengenali antara satu sama lain serta dapat mengukuhkan lagi hubungan antara mereka. Membina suatu hubungan yang erat dalam kalangan peserta amat penting agar mereka dapat membina kepercayaan serta memupuk semangat untuk berkerjasama dalam sesebuah badan kepimpinan pelajar. Slot Palseven’s Got Talent dapat membantu pelajar untuk menonjolkan lagi potensi serta bakat dan melatih pelajar untuk lebih berani tampil ke hadapan khalayak ramai.

Slot Persediaan Palseven’s Got Talent
Palseven’s Got Talent

Modul Genius Aulad mendedahkan peserta kepada beberapa kaedah dalam mencapat matlamat dengan menggunakan akronim S.M.A.R.T . “S” membawa maksud Specific, M membawa maksud Measurable, A pula adalah attainalble, R adalah relevant dan T pula ialah Time-Based. Selain daripada itu, untuk mengukuhkan lagi penguasaan peserta terhadap apa yang dikongsikan, beberapa aktiviti pengukuhan dilakukan antaranya “Picaso” iaitu aktiviti melukis tanpa ada arahan dan melukis mengikut arahan. Justifikasinya adalah bahawa setiap matlamat yang perlu dicapai haruslah jelas barulah mudah untuk dicapai dan lukisan itu merupakan satu perumpaan yang dibuat untuk mencapai matlamat atau Impian di masa akan datang.

Slot Genius Aulad
Slot Genius Aulad
Senamrobik
Slot B.I.G Hero
Slot B.I.G Hero
Slot B.I.G Hero
Slot B.I.G Hero
Slot B.I.G Hero

Pengisian Modul B.I.G Hero merupakan singkatan bagi Bahasa, Intonasi dan Gaya yang menarik. Modul ini membantu pelajar untuk meningkatkan lagi kemahiran dalam pengucapan awam. Sebagai seorang pemimpin di sekolah, kemahiran ini adalah penting untuk dikuasai bagi memberi keyakinan kepada pelajar bila berhadapan dengan kawan-kawan.

Slot Hello Stranger
Slot Hello Stranger

Modul terakhir yang dikongsikan ialah Hello Stranger yang berlangsung pada 20 Ogos 2023 iaitu slot ini memfokuskan kepada kaedah-kaedah yang sesuai digunakan oleh peserta peserta yang pasif dan kurang keyakinan untuk berinteraksi dengan orang luar. Setiap aktiviti yang dilakukan memerlukan peserta untuk maju ke hadapan dan cuba untuk mengatasi ketakutan untuk berkomunikasi dengan orang asing. Kemahiran berinteraksi dengan orang luar perlu dititikberatkan khususnya pelajar-pelajar sekolah agar mudah bagi mereka untuk berkomunikasi dalam kalangan masyarakat serta dapat meningkatkan lagi keyakinan untuk bersosial.

Pengetua sekolah, Puan Janab Binti Baharudin dalam ucapannya merakamkan jutaan terima kasih kepada UPSI dan KeSUA kerana sudi menerima jemputan dari pihak sekolah bagi berkongsi dengan pelajar SMK Palong 7 serta mengadakan program motivasi kepimpinan yang mana dapat memberi manfaat kepada peserta. Tambah beliau lagi, kem sebegini mampu meningkatkan potensi pelajar dalam menjadi seorang pemimpin serta membuka minda pelajar untuk berfikiran lebih kreatif dan kritis. Bukan itu sahaja, program ini juga dapat memberi inspirasi kepada pelajar khususnya para pelajar SMK Palong 7 untuk meneruskan pengajian ke peringkat universiti dengan kehadiran mahasiswa UPSI. Beliau juga berharap kerjasama antara pihak sekolah dengan KeSUA dan PUA tidak berakhir sampai di sini sahaja. Pihak sekolah amat mengalukan-alukan kedatangan Kelab Sahabat Ulul Albab dan Pusat Ulul Albab pada masa akan datang.

Majlis Penutupan Program Jelajah 4.0: Future Caliph disempurnakan oleh Encik Musa bin Jaafar, Timbalan Pendaftar Pusat Ulul albab dalam ucapannya berkata program jelajah bukan sahaja memberi manfaat kepada para pelajar sekolah yang terlibat namun, ia juga dapat meningkatkan lagi nilai tambah kepada mahasiswa UPSI sebagai seorang bakal guru.

Maizatul Akma Binti Khairul Anuar, pengarah program Program Jelajah Ulul Album 4.0: Future Caliph menjelaskan program ini berjaya mencapai objektif pelaksanaan dan diharap agar program ini dapat memberi lebih banyak manfaat di sekolah-sekolah seluruh Malaysia. “Program ini telah berjaya mencapai matlamat utamanya iaitu untuk membentuk seorang pelajar yang bukan sahaja mempunyai bakat dalam kepimpinan malah boleh berinteraksi dengan masyarakat luar dengan baik. Program ini sekaligus menunjukkan bahawa ahli-ahli Kelab Sahabat Ulul Albab mampu mengendalikan kem-kem kepimpinan dengan jayanya. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Cikgu Mohamad Shukran bin Abdul Halim, guru pembimbing Badan Kepimpinan Pelajar SMK Palong 7, yang bertungkus-lumus untuk menjayakan program ini kerana beliau banyak membantu dari segi pelbagai aspek untuk memastikan program ini berlangsung dengan jayanya”. Diharapkan program-program sebegini dapat diteruskan lagi dan boleh diperluaskan lagi ke sekolah-sekolah di Negeri Sabah dan Sarawak.

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)