Singapura: Pusat Pedagogi, Penyelidikan dan Inovasi (CPRI), UPSI telah melaksanakan lawatan ke Center for Research in Pedagogy and Practice (CRPP), National Institute of Education (NIE), Nanyang Technology University, Singapura pada 15 September 2023 bagi mewujudkan kerjasama dan menjalinkan hubungan dengan organisasi pendidikan dan komersial antarabangsa. Lawatan tersebut melibatkan dua orang delegasi dari UPSI  iaitu Prof. Dr. Nordin Mamat, Pengarah CPRI dan Dr Mohd Razimi Husin, Timbalan Pengarah CPRI, UPSI.

Sesi pembentangan dan perbincangan

Pertemuan ini diadakan di Conference Room NIE. Manakala wakil CRPP, NIE terdiri daripada Dr Dennis Kwek (Centre Director CRPP) yang membicarakan tentang NIE Strategic Vision dan Current Strengths. Dr.Trivina (Associte Dean, Professional and Leadership Development) membicarakan tentang Professional Development (PD) dan Ensuring Quality of PD Courses. Akhir sekali Dr. Dawn (Assistant Dean), membicarakan Transforming Teacher Education dan Deepening Professionalism.

Galeri CRPP (Penghargaan)

Kedua-dua pihak akan mewujudkan kerjasama dalam beberapa bidang kepentingan bersama yang bereputasi melalui perkongsian yang saling menguntungkan. Program ini telah menonjolkan usaha CPRI, UPSI dalam pembinaan jaringan bagi mendapatkan pakar dan rujukan dalam pendidikan serta  menghasilkan hubungan kerjasama yang lebih jitu antara UPSI dengan institusi pendidikan antarabangsa dalam pelbagai aspek perkongsian terutamanya melibatkan pengurusan pendidikan dan amalan pembelajaran terkini serta berkesan.

Lawatan Galeri CRPP (Penyelidikan)