PANGKOR PERAK: Seramai 22 kakitangan Bahagian Hal Ehwal Pelajar telah terlibat dalam menjayakan Mesyuarat Pemantapan Pengurusan dan Hala tuju Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) 2024 di Pangkor Coral Bay Resort pada Jumaat, 2 September sehingga Ahad 1 Oktober 2023.

Fokus utama program ini adalah untuk membincangkan persiapan dan perancangan halatuju BHEP bagi tahun 2024-2025 agar selaras dengan Perancangan dan Halatuju Bahagian Mahasiswa Holistik, Kementerian Pendidikan Tinggi yang kini dijenamakan semula sebagai Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Kementerian Pendidikan Tinggi.

Dalam masa yang sama juga, BHEP juga telah membuat semakan semula penetapan sasaran-sasaran KPI setiap Unit di bawah BHEP serta menyiapkan takwim aktiviti BHEP untuk sepanjang tahun 2024 agar semua aktiviti/program yang akan dilaksanakan dapat dijayakan dengan lancar dan efektif.  

Kakitangan Seksyen Pentadbiran, Kewangan dan Sistem Maklumat melakukan perbincangan – FOTO: Iqmal UPSI

Timbalan Pendaftar Kanan Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Puan Maskana binti Ahmad berkata, sifat kerjasama dan saling membantu antara satu sama lain amat penting dalam memperkukuhkan lagi pelaksanaan kerja di BHEP. Dengan merujuk kepada kefungsian utama BHEP yang memfokuskan kepada kebajikan dan sahsiah pelajar, BHEP perlu berada di landasan yang betul dalam mencari dan menggilap bakat pelajar agar dapat melahirkan mahasiswa yang berkualiti dan mampu berdaya saing di persada dunia, selaras dengan hasrat Kementerian Pendidikan Tinggi iaitu Pemerkasaan Mahasiswa.

Adalah diharapkan agar Mesyuarat Pemantapan Pengurusan dan Hala tuju BHEP 2024 ini dapat membantu menjadikan BHEP sebagai sebuah Bahagian yang cemerlang sama ada dari aspek pengurusan mahupun keberjayaan pelaksanaan program yang dirancang dalam melahirkan mahasiswa yang holistik.

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)