Oleh: Suriati Ismail & Muhammad Fatkhurrozak Sokhipul Hadi (KHAR)

Kuala Lumpur: Kolej Harun Aminurrashid di bawah Majlis Pengetua dengan kerjasama Kolej-kolej kediaman dan unit kediaman luar kampus, Universiti Pendidikan Sultan Idris telah berjaya menganjurkan Bengkel Pemerkasaan Prestasi dan Koordinasi Kolej-kolej Kediaman (PERKASA) 2023 selama 3 hari 2 malam bertempat di Grand Barakah Hotel, Kuala Lumpur.

Bengkel yang berlangsung selama tiga hari tersebut menyaksikan penglibatan 57peserta yang terdiri dari Majlis Pengetua, kakitangan pentadbiran dan felo-felo kolej kediaman.

Bengkel profesionalisme ini disambut baik oleh semua Majlis Pengetua dalam rangka untuk meningkatkan persefahaman diantara kesemua kakitangan dan felo-felo kolej kediaman untuk bekerjasama dalam memajukan agenda yang telah dirancang demi membangun mahasiswa yang cemerlang.

Pengetua Kolej Ungku Omar (KUO), Prof. Madya Dr. Mohd Nizam Nasrifan yang merangkap Pengerusi Majlis Pengetua menyatakan bahawa profesionalisme yang tinggi dalam pentadbiran kolej mampu memberikan peningkatan dalam keberhasilan universiti untuk meningkatkan tahap kecemerlangan mahasiswa dalam pelbagai bidang.

“Kewajipan kita adalah untuk membantu universiti membangun sahsiah mahasiswa yang terpuji serta mencungkil setiap potensi yang ada pada diri mereka. Sekiranya kita tidak membantu mahasiswa, dengan siapa mereka akan meminta pertolongan. Di situlah tanggungjawab kita bersama.” Katanya sewaktu merasmikan Majlis Penutupan PERKASA 2023.

Dari kiri, Dr. Mardiana Ismail (Pengetua KAHS), Prof Madya Ts. Dr. Che Ghani Che Kob (Pengetua UKLK), Dr. Che Anuar
Che Abdullah (Pengetua KHAR), Prof Madya Dr. Mohd Nizam Nasrifan (Pengetua KUO), Tn. Hj Yusop Ahmad (Pengetua KZ) dan Prof Madya Dr. Syed Ismail Syed Mohamad (Pengetua KAB)

Dr. Che Anuar Che Abdullah berkata , KHAR diberi tanggungjawab mengetuai bengkel pada tahun ini dengan menyediakan beberapa slot yang melibatkan elemen kebersamaan dan pengetahuan khusus yang melibatkan Perundangan dengan menjemput Penasihat Undang-Undang dari Bahagian Perundangan UPSI. Juga pendedahan tentang kesihatan, keselamatan diberikan oleh wakil felo kolej sendiri iaitu En. Khairul Azrul dan En. Shahrin selain LDK bengkel kali ini juga membuat  pembentukan modul bagi Bengkel Pemaksi (Bengkel Pemantapan Majlis Mahasiswa Kolej-kolej Kediaman UPSI).

Slot Isu Kesihatan Pelajar bersama En Khairul Azrul (PKU) dan En Mohd Shaarin Jamaluddin (BKES)

Dalam bengkel ini, setiap peserta diberikan empat kumpulan yang setiap satunya terdiri dari semua kolej kediaman. Sebanyak 16 modul pembetukan kepimpinan berjaya dirancang dan dibentangkan dihadapan majlis pengetua. Kesemua modul ini bertujuan untuk diguna pakai dalam setiap agenda kepimpinan yang melibatkan majlis mahasiswa kolej dan program-program bersepadu.

Antara sesi perbincangan dan pembentangan modul kepimpinan dari semua kakitangan dan felo

Bengkel PERKASA ini membuktikan bahawa pentadbiran UPSI sentiasa komited dan bertanggungjawab dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada semua pengguna.

Harapan dari bengkel ini adalah untuk setiap kakitangan dan felo sedar akan peranan masing-masing dan perlu saling bantu membantu untuk memajukan setiap aspek dalam pentadbiran dan program mahasiswa.

Selain itu juga, keperluan setiap mahasiswa dalam kesejahteraan 3K iaitu kesihatan, keselamatan, keperibadian diri perlu dititikberatkan dan menjadi keutamaan serta membantu membangun sahsiah diri yang unggul dalam diri mahasiswa secara holistik demi membawa nama baik UPSI sebagai universiti No.1 Pendidikan.