Oleh: Nur Farihah bt Mohd Fadullah Sahimi & Noraini binti Sapuan (Unit Intergriti)

IPOH, 05 OKTOBER – Program Jerayawara Kasih KPWKM@Advokasi Antigangguan Seksual telah berlangsung di Ipoh Perak yang merupakan negeri ke 11 selepas Pulau Pinang, Sarawak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Kelantan, Terengganu, Sabah dan Kedah. Program ini diadakan untuk memberi  pendedahan, pengetahuan dan menyebarluaskan pemakaian garis panduan serta notis antigangguan seksual kepada masyarakat.

Statistik tahun 2022 menunjukkan negeri Perak mencatatkan kes gangguan seksual ketiga tertinggi di Malaysia selepas negeri Selangor dan Kuala Lumpur, iaitu sebanyak 36 kes gangguan seksual telah direkodkan di mana 31 kes melibatkan gangguan seksual terhadap kaum wanita. Selain itu, sebanyak tiga kes gangguan seksual yang melibatkan kanak-kanak direkodkan di Perak.

Dr. Nurul ‘Ain Hidayah sedang menyampaikan Taklimat Kaedah Pengendalian Gangguan Seksual

Antara pengisian program jerayawara kasih ini ialah Taklimat Advokasi Antigangguan Seksual oleh Puan Wan Nur Liyana binti Ramli daripada Jabatan Pembangunan Wanita (JPW), Taklimat Pengendalian Kes Kesalahan Seksual Terhadap Wanita dan Kanak-Kanak oleh DSP Nirmala A/P Arumugam, Jabatan Siasatan Jenayah Ipoh Perak serta Taklimat Pengendalian Kes Gangguan Seksual di Peringkat Universiti Awam yang telah disampaikan oleh Profesor Madya Dr. Nurul ‘Ain Hidayah Abas yang merupakan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Teras Gangguan Seksual (JKTGS) UPSI.

Di dalam siri taklimat yang telah disampaikan Prof. Madya Dr. Nurul ‘Ain, dirumuskan sebagai usaha untuk membanteras gangguan seksual ini, sesebuah organisasi perlu mempunyai satu dasar & tatacara yang jelas dalam mengendalikan kes gangguan seksual dan ianya bukan hanya dilihat dari segi hukuman semata-mata, ianya juga perlu mengambil kira dari aspek kemanusiaan yang boleh dirangkumkan melalui kaedah 3P iaitu Promosi (kesedaran), Pencegahan dan Perlindungan.

Penerima Notis AAGS UPSI, Puan Salwati Aris yang telah disampaikan oleh Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat.

Program ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat . Sesi penyerahan Notis Antigangguan Seksual juga telah disempurnakan oleh YB Menteri kepada sepuluh agensi di sekitar Negeri Perak sebagai mesej komitmen kerajaan dalam menangani isu gangguan seksual ini.  Antaranya Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Polis Diraja Malaysia Kontinjen Perak, Kumpulan Wang Simpanan Pekerjaan (KWSP), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan beberapa syarikat dan pertubuhan lain di Negeri Perak.

Dengan penglibatan pertama kali JKTGS dalam pelaksanaan jerayawara ini memberikan tanda yang sangat positif ke arah membina jalinan kerjasama strategik antara UPSI dengan pihak KPWKM serta badan-badan awam dan swasta yang lain dalam bersama-sama memacu negara untuk menangani gangguan seksual seterusnya menjadikan sebuah negara yang harmoni dan Madani. 

Sebahagian Jawatankuasa Teras Gangguan Seksual (JKTGS) UPSI
Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)