Tanjong Malim: Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan (FSSK) Bersama Fakulti Muzik dan Seni Persembahan (FMSP) UPSI telah mengadakan perbincangan bagi pelaksanaan Program National Danish Performance Team (NDPT) Tour Plan Malaysia pada 6 Oktober 2023. Sesi perbincangan ini turut disertai oleh Dato’ Sarjit Singh Sekhon, Adjunct Professor, School of Media and Communication, Faculty of Social Sciences and Leisure Management, Taylor’s University dan pegawai dari FMSP dan FSSK serta Mohd Raizol Ramli, Pegawai Khas, TNC (HEPA), UPSI.
Tujuan sesi perbincangan ini diadakan adalah untuk merangka akiviti bagi mengadakan Program NDPT di UPSI pada 31 Oktober 2023 dengan penglibatan pelajar dari negara Denmark serta kerjasama daripada pelajar FSSK dan FMSP UPSI.
Menurut Prof. Dr. Muhammad Fazli Taib bin Saearani, Dekan FMSP “program ini akan dilaksanakan dalam dua (2) aktiviti iaitu aktiviti gimnastik dan seni persembahan dari pelajar Denmark tersebut dengan kerjasama dari pelajar FMSP dan FSSK mengikut jadual bengkel yang telah ditetapkan”. Pada masa yang sama, Timbalan Dekan (Akademik dan Antarabangsa), FSSK, Dr. Nur Haziyanti Mohamad Khalid berkata “program NDPT ini akan memberi pendedahan serta pengalaman kepada pelajar UPSI yang terlibat nanti dengan jumlah pelajar 30 orang dari FSSK dan 30 orang dari FMSP dan pelaksanaan program ini akan
diadakan di Arena UPSI”.
Menurut Dato’ Sarjit Singh Sekhon ”Program NDPT ini adalah berupa bengkel dan bermula pada 23 Oktober sehingga 2 November 2023 dengan penglibatan pelajar dari Negara Denmark seramai 28 orang dan beberapa orang pegawai yang akan hadir. Program yang akan dilaksanakan di UPSI pada 31 Oktober 2023 dengan jangkaan masa 5.00 petang hingga 10.00 malam mengikut aktiviti yang akan dirangka.
Sesi perbincangan ini berakhir pada jam 4.00 petang, dengan sesi bergambar oleh kedua-dua
pihak sebagai tanda kenangan.