Tanjong Malim: Bengkel Tot Kem Bina Insan Bitara ini adalah inisiatif fakulti dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (JHEPA) untuk memberikan latihan kepada para fasilitator daripada beberapa fakulti untuk memudahkan pelaksanaan Kem Bina Insan Bitara bagi fakulti masing-masing. Kem Tot ini dijalankan bersama dengan Kem Bina Insan Bitara bagi pelajar Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan (FSSKJ).
Kem yang dijalankan di UPSI Adventure Park selama 4 hari 3 malam melibatkan lima fakulti iaitu Fakulti Sains Kemanusiaan (FSK), Fakulti Teknikal dan Vokasional (FTV), Fakulti Sains dan Matematik (FSM), Fakulti Pengurusan Ekonomi (FPE) dan Fakulti Komputeran dan Meta-Teknologi. Seramai 64 orang fasilitator yang terlibat terdiri daripada 5 orang fasilitator daripada FSK, 13 orang dari FSM,13 orang dari FTV, 14 orang dari FPE dan 19 orang dari FKMT.


Kem Tot ini adalah usaha ke arah memberikan sokongan kepada fakulti untuk menjayakan Kem Bina Insan Bitara (BIB) yang memerlukan pengetahuan, pengalaman serta kemahiran untuk kelancarkan Kem BIB setiap fakulti. Selain itu, mengasah kemahiran sedia ada dan kemahiran tambahan (soft skills, hard skills dan meta skills), memahami, mendalami dan mengaplikasi falsafah dasar pembentukan program perkemahan mengikut Tuckman Model, memahami cara pelaksanaan dan teknik fasilitator serta pendedahan dan perkongsian ilmu pengurusan perkhemahan dan pengurusan aktiviti.
Menurut Dr. Rozaireen Muszali, Timbalan Dekan Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan, Kem BIB ini dilaksanakan untuk menyahut seruan Naib Canselor UPSI untuk melahirkan mahasiwa/i UPSI yang berdaya saing, bitara dan seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Beliau juga berpesan kepada peserta dan fasilitator yang terlibat untuk tidak lupa menunaikan solat walaupun sibuk dengan aktiviti yang dijalankan sepanjang kem berlangsung. Beliau menegaskan para fasilitator untuk fokus dengan apa yang disampaikan dalam kem tersebut dengan sebaiknya supaya penyertaan para fasilitator tidak sia-sia dan mampu dipratikkan dalam fakulti masing-masing mengikut kesesuaian fakulti dan objektif Kem Bina Insan Bitara@UPSI.
Menurut Pelaksana Program Abd Rashid bd Hamid, ”Secara keseluruhan semua yang dirancang berjalan dengan lancar. Program group cohesion dapat dicapai dan pelaksanaan aktiviti dengan stail pendekatan yang berbeza dapat disalurkan dan dipraktikkan dengan berjaya. Penambaikan bagi kem Tot ini akan sentiasa dilakukan pada masa akan datang untuk membantu setiap fakulti menjayakan kem BIB masing-masing.”
Antara aktiviti yang adakan sepanjang kem adalah Team Building, Orienteering, Kayak/Water Confident, Obstacles, Kerajaan Rimba, Jungle Trekking dan Slot Pengurusan Perkhemahan dan Pengurusan Aktiviti.
Majlis Penutup Bengkel Tot Kem Bina Insan Bitara telah dirasmikan oleh Dr. Rozaireen Muszali,Timbalan. Hadir sama TDHEPA/Wakil Fakulti Sains dan Matematik (FSM), Fakulti Pengurusan Ekonomi (FPE), Fakulti Komputeran Meta-Teknologi.

