Er: Muhammad Alif ElFarez dan Mohamad Naqiuddin
Tanjung Malim – Seramai lebih 1200 orang pelajar Ijazah Sarjana Muda yang terdiri daripada 850 pelajar perempuan dan 350 pelajar lelaki ditempatkan di Kolej Harun Aminurrashid bagi ambilan Oktober 2023 pada 15 Oktober yang lalu.
Sesi pendaftaran yang bermula pada jam 8.30 pagi itu dijayakan dengan kerjasama antara Majlis Mahasiswa Kolej Harun Aminurrashid dan Rakan Millenia yang terlibat dalam proses pendaftaran termasuk menjadi tunjuk arah kepada pelajar bagi memastikan proses pendaftaran berjalan dengan sistematik dan teratur.
Timbalan Naib Canselor (HEPA), Prof. Dr. Norkhalid Salimin turut hadir menyantuni pelajar dan ibu bapa semasa proses kemasukan pelajar baru ke kolej kediaman di Kolej Harun Aminurrashid, UPSI.
Sukarelawan Kolej Harun Aminurrashid yang terdiri dalam kalangan Majlis Mahasiswa Kolej Harun Aminurrashid, Ahli Jawatankuasa Blok Kolej Kediaman dan Rakan Exco Ekonomi dan Keusahawanan sidang 2023/2024 telah bersiap sedia untuk menyambut kedatangan penghuni baru Kolej Harun Aminurrashid sejak seawal pukul 7 pagi pada hari pendaftaran pelajar baru. Persiapaan telah siap dilakukan bermula dari bahagian keselamatan lalu lintas utama bagi penghuni baru, jualan ENIGMA Sales dan jualan makanan dan minuman blok-blok kediaman.
Pada 12 hingga 14 Oktober 2023, Majlis Mahasiswa Kolej Harun Aminurrashid telah menyambut kedatangan pelajar ambilan Oktober 2023 yang tiba dari Sabah dan Sarawak ke Kolej Harun Aminurrashid. Majlis Mahasiswa Kolej Harun Aminurrashid menerusi Exco Ekonomi dan Keusahawanan mengambil inisiatif mengadakan jualan barang-barang keperluan rumah di perkarangan pejabat Kolej Harun Aminurrashid dengan harga yang berpatutan dan mampu milik.
“Pelajar yang menghuni di Kolej Harun Aminurrashid ini akan mengikuti segala program yang telah dirangka oleh Majlis Mahasiswa Kolej Harun Aminurrashid bagi memastikan pelajar-pelajar ini diberikan penekankan terhadap pelbagai aspek pembangunan sahsiah dan kemenjadian pelajar supaya menjadi graduan yang berkebolehan kelak,” kata Pengetua Kolej Harun Aminurrashid, Dr. Haji Che Anuar bin Che Abdullah.