Kredit gambar: Suara Merdeka
Oleh: Dr. Nadratun Nafisah Abdul Wahab (Penyelaras Keusahawanan EDGE)
Kuala Lumpur: Majlis Perasmian RAKYATpreneur & Program Bank Rakyat UNIpreneur telah berlangsung di Menara Berkembar Bank Rakyat pada 17 Ogos. Program tersebut telah dirasmikan oleh YB Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Turut hadir YBhg. Dato’ Dr. Haji Megat Sany Megat Ahmad Supian, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) mewakilli pihak universiti terlibat bagi menerima sijil penghargaan program.
Manakala, UPSI pula telah diwakili oleh Pengarah Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan (EDGE) iaitu Dr. Sharul Effendy Janudin, Penyelaras Keusahawanan EDGE Dr. Nadratun Nafisah Abdul Wahab, Pentadbir Mohd. Fazli Abdlah serta wakil peserta UNIpreneur UPSI Nur Syuhadah Hanizam.
Program Bank Rakyat UNIpreneur ini adalah kerjasama antara Bank Rakyat dan IPT bagi membantu usahawan mahasiswa asnaf dan B40 dari universiti-universiti yang terpilih melalui suntikan dana sebanyak RM3,000 kepada setiap peserta program. Program UNIpenuer 3.0 ini melibatkan 500 orang pelajar dari semua IPT. Majlis ini turut dimeriahkan dengan pembukaan reruai pameran jualan produk pelajar UNIprenuer dan RAKYATprenuer.
Terdapat seramai 20 pelajar UPSI dari kategori asnaf dan B40 telah terpilih bagi menyertai program untuk tahun ini dengan jumlah dana diperolehi sebanyak RM66,000.00. Selain itu, UPSI juga menyertai tapak pameran iaitu produk dadih dan keropok lekor. Ia merupakan antara produk oleh peserta Bank Rakyat UNIpreneur 2023 yang telah menjalankan perniagaan.