Oleh: Dr. Zuraini binti Jamil @ Osman

Tanjong Malim – Jabatan Pengajian Moral, Sivik dan Pembangunan Karakter (JPMSPK), Fakulti Sains Kemanusiaan telah menerima kunjungan seramai 21 orang delegasi daripada Institut Agama Islam (IAI) Almuslim Aceh Indonesia. Kunjungan muhibbah ini telah diadakan pada 11 September 2023. Bagi memenuhi objektif kunjungan muhibbah, pihak jabatan telah mengadakan beberapa sesi perbincangan kolaborasi antara kedua-dua institusi. Sesi kunjungan ini telah dikoordinasi oleh Dr. Zuraini Jamil @ Osman yang merupakan pensyarah kanan di Jabatan Pengajian Moral, Sivik dan Pembangunan Karakter.

Objektif utama kunjungan muhibbah ini ialah untuk membincangkan cadangan jalinan kerjasama antara Jabatan Pengajian Moral, Sivik dan Pembangunan Karakter dan Institut Agama Islam (IAI) Almuslim Aceh Indonesia. Kunjungan ini  melibatkan 13 orang yang terdiri daripada barisan pensyarah (dosen) dan staf serta 8 orang pelajar pasca siswazah daripada Institut Agama Islam (IAI) Almuslim Aceh Indonesia. Antara aktiviti yang dijalankan oleh pihak jabatan adalah taklimat program pasca siswazah yang ditawarkan oleh pihak Jabatan Pengajian Moral, Sivik dan Pembangunan Karakter yang disampaikan sendiri oleh Profesor Madya Dr. Tan Bee Piang. Program ini diteruskan dengan perbincangan mengenai hala tuju jalinan kerjasama (MoU) bersama dengan H. Abdul Ghani, Dekan Fakultas Tarbiyah Institut Agama Islam (IAI) yang diketuai oleh Dr. Zuraini Jamil @ Osman. Hala tuju kerjasama tersebut meliputi program inbound dan outbound pelajar JPMSPK bersama dengan IAI Muslim Acheh. Perkongsian kepakaran pensyarah juga turut dibincangkan untuk merancang program yang berkaitan dengan penerbitan, penyelidikan dan juga perundingan.

Ketua Jabatan Pengajian Moral, Sivik dan Pembangunan Karakter, Dr. Vasantahan A/L Gurusamy berkata, “kunjungan muhibbah ini merupakan salah satu daripada program mobiliti dan antarabangsa untuk memperkenalkan bidang Pengajian Moral Dan Sivik bukan sahaja di dalam Malaysia, malah diperingkat antarabangsa”. Menurut beliau lagi, kunjungan muhibbah ini juga menjadi penanda aras antara dua negara dalam meningkatkan sektor pendidikan terutama dalam bidang kemanusiaan.

Pertukaran cenderahati daripda kedua-dua pihak

Pihak Jabatan Pengajian Moral, Sivik dan Pembangunan Karakter amat berbesar hati menerima kunjungan delegasi dari IAI Muslim Acheh, Indonesia ini dan mengharapkan agar lebih banyak institut pengajian tinggi swasta atau awam dari dalam mahupun luar negara yang ingin mengadakan lawatan dan kerjasama dengan jabatan bagi memperkenalkan jabatan ke negara luar bagi percambahan ilmu tentang bidang pengajian moral dan sivik serta kemasukan pelajar ke jabatan terutama di peringkat pasca siswazah.

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)