Oleh: Muhammad Syameer Zulkipli & Dr. Nurulasyikin Hassan (Penasihat Persatuan Mahasiswa Sejarah)

Tanjong Malim: Persatuan Mahasiswa Sejarah atau lebih dikenali sebagai PERMAS telah menganjurkan Program Minggu Bitara Sejarah. Program ini merupakan program pemantapan pengetahuan pelajar sejarah ambilan baharu untuk membiasakan diri mereka mengenai kehidupan di Universiti. Program tersebut diadakan pada 28  Oktober 2023 bermula jam 2.00 petang hingga 10.15 malam di Dewan Kuliah Pusat 7, Kampus Sultan Azlan Shah.

Program ini diadakan untuk membantu mahasiswa/mahasiswi meningkatkan jati diri untuk mengharungi kehidupan di UPSI selain menambah pengetahuan sedia ada mahasiswa/mahasiswi  ambilan baru berkenaan pengurusan akademik, kokurikulum dan kebajikan sewaktu menjalani pengajian di universiti. Selain itu, ia mendorong pelajar untuk bergiat aktif dalam pelbagai bidang supaya dapat menambah ilmu pengetahuan dan pengalaman untuk menempuh alam pekerjaan sekaligus merapatkan hubungan silaturahim di antara Persatuan Mahasiswa Sejarah dan pelajar ambilan baharu.

Ucapan Perasmian daripada Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar & Alumni, Dr. Abu Zarrin Selamat

Menurut Dr. Abu Zarrin Selamat, Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar & Alumni FSK,  program Minggu Bitara Sejarah ini bertujuan untuk mendorong mahasiswa/mahasiswi sejarah ambilan baharu untuk sentiasa bergiat aktif dan turut menyumbangkan jasa terhadap fakulti. Penglibatan pelajar-pelajar sangat digalakkan kerana ia dapat memberikan ilmu pengetahuan dan pengalaman yang tidak dapat di tempat lain selain Universiti.

“Persatuan Mahasiswa Sejarah merupakan persatuan yang sangat pro-aktif dalam menjalankan program yang berimpak dan pelajar baharu sejarah perlulah mengambil peluang ini sebagai satu wadah untuk mengembangkan soft-skill supaya ia berguna semasa di alam pekerjaan. Menjadi guru bukanlah mudah kerana ia memerlukan kecekalan jiwa dan hati yang ikhlas, para pelajar perlulah fokus terhadap bidang akademik akan tetapi tidak mengetepikan bidang kokurikulum”.

Yang Di Pertua Persatuan Mahasiswa Sejarah, Muhammad Aqua Nafis Mohd Nasir mengucapkan selamat datang kepada pelajar Sejarah ambilan baharu kerana telah berjaya memasuki Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Antara aktiviti yang adakan sempena program adalah Sepetang Bersama Radio Buruk PERMAS. Aktiviti ini mempunyai 3 soalan iaitu meneka haiwan, perumpamaan dan mengingat ayat berkenaan peristiwa sejarah. Selain itu, terdapat juga cheers daripada setiap kumpulan untuk dijadikan simbolik sesebuah kumpulan.

Penutup Program tersebut telah diakhiri dengan Penamaan Batch dan perlantikan Ketua/Penolong Ambilan. Perlantikan ini akan memudahkan para pelajar sejarah mendapat maklumat dengan mudah kerana Ketua ambilan akan menjadi perantara di antara pelajar dan Persatuan Mahasiswa Sejarah

Program sebegini sangat dialu-alukan kerana ia bukan sahaja dapat merapatkan hubungan silaturahim malah dapat melihat bakat-bakat yang ada untuk digilap menjadi lebih baik. Program sebegini perlu diteruskan dan diperluaskan lagi supaya ia dapat memberikan impak yang positif terhadap pelajar sejarah ambilan baru.

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)