Oleh: Norrulkamari Daud & Muhammad Aiman
TANJUNG MALIM– Negara kita kaya dengan pelbagai jenis permainan tradisional yang tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas. Permainan tradisional seperti congkak, gasing, galah panjang, batu seremban, teng-teng, tarik upih dan konda-kondi diamalkan oleh masyarakat dahulu bagi mengisi masa lapang sambil bersantai.
Sayangnya permainan tradisional yang melambangkan kebudayaan sesuatu tempat itu mula terpinggir apabila kebanyakan daripada permainan kurang diketahui oleh golongan muda disebabkan kurangnya pendedahan kepada mereka.
Malah permainan tradisional semakin dilupakan kerana perkembangan teknologi yang pesat terutamanya gajet dan penambahan aplikasi permainan secara maya yang menenggelamkan lagi daya tarikan permainan tradisional ini.
![](https://epena.com.my/wp-content/uploads/2023/11/WhatsApp-Image-2023-11-15-at-23.26.46_80979ec4-1024x768.jpg)
![](https://epena.com.my/wp-content/uploads/2023/11/WhatsApp-Image-2023-11-15-at-23.26.48_c370aa1b-1024x768.jpg)
![](https://epena.com.my/wp-content/uploads/2023/11/WhatsApp-Image-2023-11-15-at-23.26.46_91b6c3c7-1024x768.jpg)
Dalam usaha mengekalkan tradisi permainan tradisional, Persatuan Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak (DPAKK) sidang 2023/2024 anjuran Exco Sukan dan Rekreasi sidang 2023/2024 telah mengambil inisiatif dengan menganjurkan Program Kembara Nostalgia yang berkonsepkan Explorace bagi bertujuan menghidupkan kembali permainan tradisional yang semakin hilang yang semakin ditelan zaman oleh masyarakat terutamanya dalam kalangan remaja kini.
Program ini telah berjaya dilaksanakan di Pusat Aktiviti Pelajar, Kolej Aminuddin Baki (KAB), UPSI pada 8 November. Program ini telah menarik seramai 170 mahasiswa/i daripada majoritinya adalah kalangan pelajar daripada program Pendidikan Awal Kanak-Kanak yang berlainan semester pengajian dan juga penyertaan daripada seluruh mahasiswa/i UPSI tambahan juga barisan pensyarah turut hadir dalam menjayakan program tersebut..
Objektif utama penganjuran Program Kembara Nostalgia ini adalah untuk mengeratkan lagi silaturahim dalam kalangan mahasiswa/i di UPSI terutamanya mahasiswa/i Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Kebanyakan mahasiswa/i yang aktif pengajian dalam kampus adalah berasal daripada pelbagai bangsa, kaum, budaya dan agama dengan memberi penekanan terhadap warisan Melayu melalui permainan Tradisional.
Pengarah program Kembara Nostalgia, Nur Alyaa Natasha Mohd Idris mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas penganjuran program ini dengan bimbingan penasihat persatuan iaitu Norrulkamari Daud.
Menurut beliau, program ini sebenarnya adalah hasil kerjasama daripada pelbagai pihak terutamanya barisan Ahli Jawatankuasa (AJK) pelaksana program yang bersemangat dan memberi komitmen serta kerjasama yang baik bagi menjayakan program ini. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada peserta yang meluangkan hari minggu bagi menyertai program yang dianjurkan sekaligus menyokong kelancaran program dengan jayanya.
![](https://epena.com.my/wp-content/uploads/2023/11/IMG_2011-1024x682.jpg)
![This image has an empty alt attribute; its file name is IMG_2043-1024x682.jpg](https://epena.com.my/wp-content/uploads/2023/11/image.jpeg)
![](https://epena.com.my/wp-content/uploads/2023/11/WhatsApp-Image-2023-11-15-at-23.26.02_3e9f2bfc-1024x682.jpg)
Program ini diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada tiga kumpulan daripada 15 kumpulan yang bersaing bagi menyelesaikan setiap tugasan yang diberikan ini melalui 21 checkpoint keseluruhannya. Tambahan juga, kesemua peserta program sangat seronok dan gembira dengan adanya cabutan bertuah diberikan kepada mereka. Tahniah diucapkan kepada semua.
![](https://epena.com.my/wp-content/uploads/2023/11/IMG_20231108_131520-1-1024x959.jpg)