Oleh: Nur Anis Rosli & Siti Aisyah Abd Malek
Tanjong Malim: Kebersamaan dan keharmonian tidak datang secara tiba-tiba, tetapi ia perlu diterapkan dan disemai dalam diri untuk saling menghormati dan tolong menolong sesama mahasiswa.
Bagi memupuk nilai kebersamaan, AJK Blok Kediaman 4 Kolej Harun Aminurrashid (KHAR) telah menganjurkan Dahlia Tresure Hunt yang berlangsung pada 18 November bertempat di perkarangan kolej Kolej Harun Aminurrashid (KHAR).
Program ini mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada semua penghuni dengan kehadiran seramai 150 orang penghuni secara keseluruhan.
Program Tresure Hunt ini merangkumi beberapa aktiviti iaitu Musang Berjanggut, Cup Pingpong, Tengteng, baling guli dan water splash. Aktiviti yang menyeronokkan ini diadakan bukan sahaja mampu menggamit kenangan malah menjadi kegemaran para peserta.
Felo Kolej kediaman 4, Muhammad Fatkhurrozak Sokhipul Hadi menyatakan bahawa kepelbagaian kaum yang tinggal kolej adalah bukti bahawa Malaysia negara yang sangat penuh dengan toleransi.
“Program sebegini perlu sentiasa dilakukan agar pendedahan tentang toleransi tidak hanya dipelajari malahan juga dapat difahami dan dipraktikkan dalam kehidupan sebagai seorang mahasiswa.”
Beliau menambah bahawa elemen kebersamaan perlu diselitkan dengan aktviti yang menyeronokkan dan mengundang gelak tawa agar program seperti akan sentiasa menjadi memori indah dan menggambarkan perpaduan kesemua penghuni KHAR.
Selain itu juga, program ini memberikan ruang kepada penghuni untuk hidup sihat dan menggunakan cuti di hujung dengan aktiviti yang bermanfaat. Ini juga membantu universiti dalam melahirkan mahasiswa yang aktif, cergas, cerdas dan mesra masyarakat.