Oleh: Anis Syuhadah binti Suhiji & Dr. Nurulasyikin Hassan

Tanjong Malim: Exco Akademik dan Kerjaya Persatuan Mahasiswa Sejarah (PERMAS) telah menganjurkan Bengkel Penulisan Ilmiah pada 18 November di Dewan Kuliah Pusat 10, Kampus Sultan Azlan Shah, UPSI..

Bengkel ini diadakan bertujuan memberi pendedahan mengenai kaedah dan format penulisan ilmiah yang betul kepada mahasiswa/i secara terperinci sekaligus dapat membantu mereka dalam menghasilkan penulisan ilmiah yang baik dan berkualiti.

Program ini mensasarkan peserta dalam kalangan mahasiswa/i sejarah semester 1 dan juga pelajar minor serta elektif sejarah. Penulisan ilmiah yang menarik dan berkualiti dapat dijadikan rujukan kepada masyarakat dalam memahami dengan lebih mendalam berkaitan sesuatu topik dihasilkan melalui sumber-sumber yang berautoriti dan kukuh. 

Melalui bengkel ini, mahasiswa/i sejarah diberi pendedahan dalam memilih sumber rujukan yang berkualiti untuk dirujuk bagi menghasilkan penulisan ilmiah mereka. Selain itu, melalui bengkel ini dapat melatih mahasiswa/i untuk memperbaiki dan memantapkan penulisan ilmiah mereka melalui tips dan cara yang dikongsikan untuk menghasikan penulisan ilmiah yang berkualiti.

Bengkel penulisan ilmiah yang padat dengan ilmu ini telah disampaikan oleh pensyarah Jabatan Sejarah, Dr. Siti Zahrah. Selepas perkongsian ilmu, terdapat sesi soal jawab antara panel dengan peserta bengkel. Bengkel diakhiri dengan sesi bergambar peserta bersama penceramah.

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)