Oleh: Sauntharya Lingam

Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris Accounting Society (UPSIAS) telah mengadakan Program Talk Session: MICPA Vs. TYMBA pada 10 Januari bertempat di Dewan Kuliah Pusat 14, Kampus Sultan Azlan Shah, UPSI.

Turut sama terlibat program ini adalah wakil daripada The Malaysian Institute of Certified Public Accountants (MICPA), Professional Accountancy Centre – TYMBA dan Education dan Accounting Society (UPSIAS).

Penganjuran program adalah bertujuan untuk berkongsi lebih banyak maklumat dan pengetahuan tentang The Malaysian Institute of Certified Public Accountants (MICPA). MICPA merupakan satu pertubuhan yang berperanan dalam membangunkan profesion perakaunan di Malaysia sejak lebih enam dekad yang lalu. Salah satu peranan MICPA ialah menyediakan peluang kepada graduan perakaunan untuk menjadi Akauntan Awam Bertauliah (CPA).

Professional Accountancy Centre Education (TYMBA) merupakan sebuah Pusat Perakaunan Profesional dan menyediakan tuisyen untuk kelayakan perakaunan profesional seperti ACCA, MICPA-CAANZ, ICAEW & CIMA. Dalam program ini penerangan berkaitan perkhidmatan yang disediakan oleh TYMBA dijelaskan, maklumat ini amat berguna kepada pelajar perakaunan FPE bagi merancang perjalanan kerjaya mereka selepas bergraduan nanti.

Hasil dari sesi perkongsian yang telah berlansung, Mr Gilbert Lai, wakil daripada MICPA, Ketua Pendidikan & Latihan MICPA dan wakil TYMBA, Mr Airil Razali, Ketua Pegawai Eksekutif TYMBA menegaskan bahawa kelebihan mengikuti program di MICPA adalah kurikulum yang digunakan oleh pihaknya. Pelajar akan diterapkan kepentingan menguasai ilmu perakaunan yang mementingkan penguasaan konsep amalan perakuanan dalam situasi  sebenar. 

Program seperti ini amatlah memberi manfaat kepada pelajar dan adalah diharapkan agar program seperti ini diteruskan malah diperkasakan lagi pada masa hadapan.