Oleh: Wan Aiman Farhan Wan Harun

UPSI, TANJUNG MALIM: Menjelang peperiksaan akhir semester yang berlangsung tidak lama lagi, Persatuan Pengurusan dan Ekonomi (FPE) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan kerjasama Pusat Islam UPSI telah menjayakan program Munajat Perdana yang diadakan di Masjid Al-Mursyidin, Kampus Sultan Azlan Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris pada 1 Februari yang lalu.

Lebih 300 orang warga UPSI yang terdiri daripada mahasiswa, pensyarah dan staf UPSI hadir menjayakan program kerohanian dibawah kendali Exco Kebajikan dan Kerohanian tersebut. Fokus utama program ini adalah untuk menyeru mahasiswa untuk turut serta dalam solat hajat, bacaan Yaasin dan penyampaian Ta’lim sebagai satu ikhtiar memantapkan persiapan rohani pelajar menjelang peperiksaan akhir semester.

Semoga program ini menjadi satu sokongan rohani pelajar dalam mengaplikasikan konsep usaha, doa dan tawakal di samping meningkatkan keyakinan mahasiswa sepanjang tempoh peperiksaan. Diharapkan program seperti ini akan diteruskan dari masa ke masa dalam membentuk mahasiswa yang tidak hanya berkualiti dari aspek akademik sahaja malah juga dalam aspek rohani.

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)