16 Mei 2024
Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menerima lawatan kerja daripada Fakulti Sains dan Teknologi Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kasim (UIN SUSKA) Riau Indonesia pada pada 14 Mei 2024 ke Fakulti Komputeran dan Meta Teknologi (META)
Lawatan delegasi UIN SUSKA ini bertujuan mengukuhkan jalinan kerjasama antara kedua-dua fakulti terutamanya dalam menyediakan perancangan dan penyediaan usul program pascasiswazah yang bakal meneruskan pengajian di peringkat doktor falasafah di UPSI.

Seramai 14 pensyarah daripada Fakulti Sains dan Teknologi UIN SUSKA Riau Indonesia telah menyertai lawatan ini dan telah diraikan di Bilik Mesyuarat Utama Pusat Mobiliti UPSI dan dibawa melawat ke kedua-dua kampus UPSI Sultan Azlan Shah dan Sultan Abdul Jalil Shah.
Lawatan ini juga adalah lawatan balas yang telah dilakukan oleh Fakulti Komputeran dan Meta Teknologi pada tahun 2023 di mana dua pensyarah telah diwakilkan sebagai Profesor tamu untuk mewujudkan jaringan pascasiswazah, penerbitan, penyelidikan, dan akademik yang menghasilkan LOI di peringkat global.