Oleh : Fatinadirah
Tanjong Malim, 20 Oktober 2024 – Program Eksplorasi: Safari Cendekia, anjuran Exco Kediaman 3 Kolej Harun Aminurrashid (KHAR) Sidang 2024/2025, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah melabuhkan tirainya dengan penuh makna dan inspirasi.
Program yang bertemakan “Badan Cergas, Minda Cerdas” ini telah berjaya menarik seramai 180 peserta wanita KHAR majoritinya dari blok Sakura iaitu blok 3 Kolej Harun Aminurrashid.

Hal ini membuktikan semangat kesukanan yang tinggi dalam meneroka alam sekitar melalui eksplorasi beberapa check point.
Ojektif utama program ini adalah untuk meningkatkan semangat kesukanan dalam diri mahasiswa/i universiti melalui aktiviti yang menarik di empat check point yang ditetapkan.
Selain itu, program ini juga menggalakkan minat dalam melalui pendekatan pembelajaran yang interaktif dan menyeronokkan selain dapat membina keyakinan diri peserta dengan memberikan peluang untuk berkongsi pengetahuan dan berinteraksi dengan rakan sebaya.

Program ini telah dirasmikan dengan jayanya oleh Felo Blok Sakura KHAR iaitu Puan Norrulkamari Daud, yang telah menyampaikan kata-kata semangat dan aluan kepada para penghuni yand hadir.
Beliau menekankan pentingnya semangat kesukanan dalam diri mahasisiwa kerna waktu cuti hujung minggu adalah waktu rehat mahasiswa/i dan tiada aktiviti akademik.
Rentetan itu, inilah peluang dan ruang kepada mahasiswa/i untuk menyihatkan badan selain dapat melepaskan bosan di bilik. Melalui pendekatan ini, sedikit sebanyak aktiviti sebegini dapat mengisi masa penghuni dengan aktiviti yang berfaedah, tambah beliau lagi dalam ucapannya.
Terdapat 4 check point utama yang disediakan kepada para peserta yang terdiri daripada 10 orang satu kumpulan. Antara pengisian menarik yang dilaksanakan di setiap check point iaitu aktiviti tepung gomak, isi air dalam botol, passing belon air dan bola atas air.
Sebanyak 13 kumpulan bersama-sama bertanding dalam menjuarai eksplorasi alam ini dengan mencatat masa yang paling singkat untuk menjadi pemenang. Kemenangan telah dijuarai oleh kumpulan 5 dengan disampaikan hadiah oleh Felo Blok Sakura kepada pemenang.

Keseluruhannya, program Safari Cendekia bukan sekadar program, tetapi sebuah pengalaman yang akan terus diingat oleh semua para peserta.
Melalui program ini, mereka telah belajar tentang alam sekeliling, memupuk semangat kesukanan, bekerjasama dan bertanggungjawab. Diharapkan program ini dapat menjadi inspirasi kepada para peserta untuk terus meneroka dunia sains dan pendidikan, serta menjadi agen perubahan dalam menjaga kelestarian alam sekitar.

Program berakhir dengan sesi fotografi bersam semua yang hadir. Tahniah diucapkan kepada seluruh barisan AJK pelaksana program atas kejayaan menganjurkan program yang sangat baik dan mendapat sambutan yang memberangsangkan dalam kalangan penghuni kolej khususnya penghuni blok Sakura KHAR.