Oleh: Ng Zhen Fan Shankar

Tanjong Malim, 30 September 2024 – Satu sesi orientasi bersama Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni diadakan sempena Orientasi Pelajar Baharu intake September 2024/2025. Majlis ini turut melibatkan kehadiran seluruh warga Portfolio TNC HEPA.

Prof. telah mengucapkan Selamat datang ke Universiti Pendidikan Sultan Idris, sebuah universiti yang bersejarah dan berdaulat, kepada 4,194 mahasiswa yang berdaftar di UPSI.

Di sinilah mulanya kehidupan anda sebagai mahasiswa, di mana anda akan menemui pelbagai pengalaman dan peluang untuk berkembang.

Prof. menekankan bahawa mahasiswa harus menghayati konsep universiti yang merangkumi nilai Ukhuwah, Prihatin, Santun, dan Impak. Seperti kata pepatah, “Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.” Nilai-nilai ini diharapkan dapat membentuk karakter mahasiswa yang bukan sahaja cemerlang akademik tetapi juga bertanggungjawab sosial.

Dalam ucapan tersebut, Prof. mengingatkan adik-adik mahasiswa tentang pentingnya mendapatkan bantuan sekiranya menghadapi masalah kewangan.

Saya menegaskan bahawa HEPA menyediakan pelbagai inisiatif seperti Foodbank yang boleh dimanfaatkan.

Ucapan selanjutnya, Prof. menyeru warga mahasiswa sekalian untuk berfikir tentang sumbangan yang boleh mereka berikan kepada universiti, kerana “Jasa yang baik di kenang jua.”

Beliau juga menggalakkan mahasiswa untuk terus berusaha menjulang nama UPSI di persada dunia.

Hari ini, kita berkumpul untuk meraikan kedatangan anda ke UPSI.  Mahasiswa baharu harus memainkan peranan yang amat penting dalam menyemarakkan budaya akademik dan aktiviti kokurikulum di kampus.

Anda bukan sahaja diharapkan untuk menguasai ilmu pengetahuan dalam bidang pengajian masing-masing, tetapi juga untuk terlibat secara aktif dalam pelbagai organisasi pelajar dan program komuniti.

Melalui penglibatan ini, anda akan dapat mengasah kemahiran kepimpinan, kerja berpasukan, dan kreativiti. Ini adalah langkah penting dalam membentuk diri anda sebagai individu yang holistik.

Selain itu, anda juga berperanan sebagai duta universiti, memperkenalkan nilai-nilai UPSI kepada masyarakat luar dan menyumbang kepada pengembangan reputasi institusi kita dalam bidang pendidikan. Semoga anda semua memanfaatkan peluang ini dengan sebaiknya.

Ucapan akhir beliau turut menyampaikan peringatan penting agar mahasiswa menghindari sebarang bentuk pinjaman daripada ahlong dan menjauhi aktiviti maksiat.

Kesedaran tentang keselamatan di jalan raya juga ditekankan, di mana saya menyeru agar mereka menjaga adab dan akhlak, kerana “Akhlak yang mulia, cerminan diri yang sejati,” untuk membentuk sifat terpuji yang diperlukan dalam mencapai kejayaan.

Saya ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada barisan JHEPA yang hadir dan telah menyajikan persembahan War Cry yang menarik, serta memperkenalkan pusat tanggungjawab masing-masing. Warga HEPA sentiasa bersikap Prihatin dan komited untuk menyokong mahasiswa dalam mencapai kecemerlangan di UPSI.

Sebagaimana diungkapkan oleh Maya Angelou, “Saya telah belajar bahawa orang akan lupa apa yang anda katakan, orang akan lupa apa yang anda lakukan, tetapi orang tidak akan pernah lupa bagaimana anda membuat mereka rasa.”

Dengan itu, marilah kita sama-sama berusaha untuk mencipta pengalaman yang bermakna di UPSI.