YB Salina Samsudin, Adun Behrang bergambar bersama sukarelawan ResQ Team UPSI dan agensi-agensi lain yang turut membantu melaksanakan misi pembersihan

Slim River, Perak, 16 Oktober 2024 – ResQ Team dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terus berbakti sebagai sukarelawan pasca banjir melalui Misi Pasca Banjir di Daerah Muallim, Perak.

Misi yang dikoordinasi oleh Mohamad Aidil Aimin Abdullah daripada Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) ini melibatkan seramai 47 orang sukarelawan yang terdiri daripada kakitangan dan pelajar UPSI.

Taklimat oleh Kapt (PA) Shahrizal bin Hussin, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Muallim kepada sukarelawan sebelum melaksanakan aktiviti pembersihan

Menurut Timbalan Pengarah UCTC, Prof. Madya Dr. Muhammad Aqil Aryan Wong dalam misi berkata, operasi pembersihan oleh sukarelawan ResQ Team UPSI ini dilakukan di dua lokasi iaitu di Slim River, Perak dan Kuala Kubu Bharu, Selangor yang melibatkan sebanyak tiga buah rumah dan sebuah Kafa Integrasi Kampung Seri Keledang.

Taklimat kepada sukarelawan ResQ Team UPSI oleh Mohamad Aidil Aimin Abdullah selaku koordinasi misi
Gerak kerja aktiviti pembersihan oleh sukarelawan

“Dalam misi ini, ResQ Team UPSI membantu melakukan pemindahan perabot dan aktiviti pembersihan. Semua sukarelawan memberikan komitmen 100 peratus dalam membantu mempercepatkan proses pembersihan kawasan banjir ini”, ujarnya lagi.

Gerak kerja aktiviti pembersihan oleh sukarelawan
Gerak kerja aktiviti pembersihan oleh sukarelawan
Gerak kerja aktiviti pembersihan oleh sukarelawan

Dalam pada itu, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof. Dr. Norkhalid Salimin berkata inisiatif ini merupakan satu tanggungjawab dan keprihatinan warga universiti terhadap masyarakat yang ditimpa bencana di samping membina jaringan hubungan antara universiti dan komuniti.

“Universiti sentiasa cakna akan nasib masyarakat yang ditimpa musibah dan berpegang teguh kepada pepatah berat sama dipikul, ringan sama dijinjing dalam membantu masyarakat yang memerlukan bantuan”.

Gerak kerja aktiviti pembersihan oleh sukarelawan
Gerak kerja aktiviti pembersihan oleh sukarelawan

Naib Canselor UPSI, Prof. Dato’ Dr. Md Amin Md Taff berkata, sebagai universiti yang prihatin, UPSI sentiasa berusaha memberi impak positif kepada komuniti dalam melaksanakan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) di mana keutamaan Univeesiti bukan sahaja tertumpu kepada pendidikan tetapi juga kebaikan komuniti setempat.

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)