ResQ Team UPSI bersama Encik Hamzah Khairi bin Ibrahim, Pengawal Keselamatan UPSI yang ditimpa musibah

Slim River, Perak, 15 Oktober 2024 – Prihatin akan nasib yang menimpa salah seorang kakitangan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) akibat bencana banjir yang melanda Daerah Muallim, ResQ Team UPSI tampil turun padang bagi menghulurkan bantuan pasca banjir di Slim River, Perak.

Misi pasca banjir ini terdiri daripada empat orang sukarelawan yang diselaraskan oleh Mohamad Aidil Aimin Abdullah daripada Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC), UPSI.

Dalam misi ini, Timbalan Pengarah UCTC, Prof. Madya Dr. Muhammad Aqil Aryan Wong berkata aktiviti pembersihan pada kali ini memfokuskan bantuan kepada kakitangan UPSI yang terjejas banjir iaitu Pengawal Keselamatan UPSI, Hamzah Khairi Ibrahim.

Situasi rumah mangsa

“Kekuatan yang hanya seramai empat orang ini tidak menghalang ResQ Team UPSI untuk terus menyantuni masyarakat yang terjejas bencana terutamanya kakitangan UPSI sendiri”, tambahnya lagi.

Gerak kerja misi pembersihan
Gerak kerja misi pembersihan

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof. Dr. Norkhalid Salimin menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua sukarelawan yang cakna akan kesusahan yang menimpa mangsa banjir dan sanggup menggembleng tenaga dalam membantu meringankan beban mereka.

Gerak kerja misi pembersihan
Gerak kerja misi pembersihan

“Semoga usaha yang dilaksanakan ini dapat mengeratkan ukhwah warga universiti di samping menyuntik semangat kesukarelawanan dan melahirkan perasaan simpati terhadap masyarakat yang ditimpa bencana”.

Gerak kerja misi pembersihan
Gerak kerja misi pembersihan

Sementara itu, Hamzah Khairi Ibrahim amat berbesar hati dan menghargai bantuan yang diberikan oleh ResQ Team UPSI iaitu Badan Rescue yang segera bertindak dan sentiasa bersiap siaga dalam menjaga kebajikan kakitangan.

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)