Oleh: Bazli Razak

Tanjong Malim, 23 Oktober 2024 – Seramai 9 orang calon umum, 27 orang calon fakulti dan 6 orang calon etnik dicalonkan untuk bertanding dalam Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Sidang 2024/2025, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) hari ini.

Keputusan pemilihan ini diumumkan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) UPSI, Prof Dr. Norkhalid Salimin dalam majlis yang diadakan di Atrium, Pusat Pelajar, Kampus Sultan Azlan Shah, UPSI.

Dalam majlis tersebut, beliau mengucapkan setinggi tahniah kepada bakal pemimpin pelajar merangkap pemimpin masa depan UPSI.

“Seramai 46 orang calon telah mengikuti Bengkel Tatacara dan Etika Pemilihan MPP dan seramai 42 orang calon telah menghantar borang pencalonan pada pagi tadi.

“Pada sidang ini, terdapat pembaharuan daripada sidang sebelum ini dimana kita menambah satu lagi kerusi untuk calon yang berkeperluan khas.

Jelasnya, calon ini akan mengambil alih tugas dalam menjaga kebajikan mahasiswa yang berkeperluan khas di UPSI.

“Calon yang bertanding diharapkan agar bertanding dalam keadaan jujur dan tulus tanpa spekulasi negative yang ditaburkan dalam manifesto masing-masing agar setiap calon mampu melaksanakan amanah tanpa berpecah belah.

Tambah beliau lagi, menjadi MPP bukanlah sebuah platform untuk mahukan popularity semata-mata tetapi MPP ini kehidupan yang realiti sebagai menjadi seorang yang berintegriti.

“Tanggungjawab dan amanah yang akan diberikan perlu diberi penekanan terhadap kebajikan dan sahsiah pelajar dalam membawa nama UPSI ke peringkat tertinggi dalam menjulang pelbagai kejayaan,” ujar beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Turut hadir sama Timbalan Pendaftar Kanan, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Pn. Hajah Maskana Haji Ahmad; Barisan pengetua kolej kediaman; Barisan Pengarah Pusat Tanggungjawab; Pengerusi Suruhanjaya Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar Sidang 2024/2025, Ar-Rahman Norani.