Tanjong Malim, 18 October 2024- Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menerima kunjungan lawatan daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Benut, Pontian, Johor dan telah disambut oleh Majlis Mahasiswa Kolej Awang Had Salleh (MMKAHS).

Program ini dinamakan sebagai program “One Step to Sucess” yang dikendalikan oleh Nur SofiaTakhirul Anuar, Exco Penginapan dan Kemasyarakatan Majlis Mahasiswa Kolej Awang Had Salleh. Program One Step to Success adalah inisiatif pendidikan berprestij yang bertujuan mempersiapkan pelajar untuk mencapai kejayaan dalam pengajian tinggi dan kerjaya masa depan. Dengan fokus utama kepada penyediaan akademik dan pembangunan peribadi, program ini menyediakan pelbagai aktiviti dan sokongan yang direka khusus untuk memberikan pengalaman kepada peserta merasai alam universiti sekaligus membantu mereka melangkah ke tahap seterusnya dalam pendidikan.

Kerjasama antara guru-guru SMK Benut, Pontian, Johor dan Majlis Mahasiswa Kolej Awang Had Salleh dalam menjayakan program ini dengan membina jati diri pelajar sekali gus memberikan impak yang positif antara kedua-dua belah pihak. Seramai 82 orang warga SMK Benut, Pontian, Johor dengan keterlibatan 69 pelajar tingkatan 6 dan 13 orang guru. Tidak dilupakan juga kepada sukarelawan yang terlibat seramai 10 orang yang terdiri daripada Majlis Mahasiswa Kolej Awang Had Salleh dan Rakan Exco Majlis Mahasiswa Kolej Awang Had Salleh yang turut menyumbangkan tenaga bagi melancarkan perjalanan program ini.

Setiap sukarelawan telah diberikan tugas masing-masing antaranya sebagai pembimbing murid-murid yang akan menerangkan fasiliti yang terdapat di UPSI. Seterusnya, ada juga yang menjaga kebajikan pelajar dan menjadi sebagai penasihat.

Setelah itu, pada pagi sabtu 19 Oktober 2024, mereka bersama sama solat subuh berjemaah di Masjid Al-Mursyidin, mereka dengan ini sekaligus menyertai program “Subuh macam Jumaat”. Selain itu mereka juga telah menyertai program HypeKahs iaitu yang berlangsung pada 9 pagi di Padang Kolej Awang Had Salleh dikendalikan oleh Abdul Qayyim bin Abdul Huzaimy selaku Exco Perhubungan Awam dan Antarabangsa Majlis Mahasiswa Kolej Awang Had Salleh. Program ini bertujuan untuk merapatkan hubungan antara penghuni Kolej Awang Had Salleh, dengan menyertai program ini mereka juga dapat mengenal pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Mereka bermain pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh program Hype Kahs.

Selepas itu, warga SMK Benut, Pontian, Johor dibawa untuk melihat Perpustakaan Tuanku Bainun untuk melihat suasana di dalam perpustakaan yang sangat besar dan luas itu. Setelah melawat Perpustakaan Tuanku Bainin, kami akan bergerak ke destinasi berikutnya iaitu Arena UPSI yang terletak di Kampus Sultan Azlan Shah. Arena UPSI menawarkan berbagai daya tarik bagi mahasiswa dan pengunjung. Di Arena UPSI, terdapat padang bola sepak, gelanggang badminton, gelanggang bola jaring, gimnasium, kolam renang dan banyak lagi. Kami meneruskan lawatan kami ke UPSI Adventure Park Di sini, akan didedahkan kepada pelbagai aktiviti lasak dan mencabar. UPSI Adventure Park merupakan tempat yang ideal untuk mereka yang suka akan aktiviti luar dan cabaran fizikal. Setelah itu, kami pergi ke Scholar Suite UPSI, Scholar Suite menyediakan penginapan yang modern dan dilengkapi dengan fasiliti yang lengkap seperti bilik yang luas, perabot asas, serta akses internet, yang memberikan keselesaan kepada pengunjung. Akhir sekali, kami pergi ke Bowling UPSI yang baru sahaja buka, Bowling di UPSI menyediakan kemudahan rekreasi yang mudah diakses oleh pelajar tanpa perlu keluar dari kawasan universiti. Ini memudahkan mereka untuk melibatkan diri dalam aktiviti fizikal yang sihat tanpa perlu menghabiskan banyak masa dan wang untuk ke lokasi lain.

Program ini diakhiri dengan majlis penutupan. Majlis penutupan ini dihadiri oleh Haikal bin Musa selaku Penasihat Program One Step to Sucess, Majlis dimulakan dengan ucapan Pengarah Program iaitu Nur Sofia binti Takhirul Anuar, seterusnya ucapan Haikal bin Musa selaku Penasihat Program, Beliau mengatakan; “Semoga lawatan ini memberikan inspirasi dan wawasan baru kepada kalian semua. Jadikan pengalaman ini sebagai pendorong untuk terus mengejar impian dan matlamat dalam bidang akademik serta kehidupan. Di sini, saya percaya pada kekuatan ilmu dan pendidikan untuk membentuk generasi yang cemerlang. Harapan saya semoga satu hari nanti, anda semua akan kembali ke sini sebagai mahasiswa yang penuh semangat untuk menimba ilmu dan menjadi pemimpin masa depan. Teruslah berusaha dan jangan pernah berhenti bermimpi!” Majlis diakhiri dengan sesi bergambar.