Oleh: Anis Hazwani Yaakob
Tanjong Malim, 21 November 2024 – Program Iftar Al-Mursyidin 2.0 anjuran Lajnah Tarbiyyah dan Imarah Masjid Kelab Al-Mursyidin (AMC) dengan kerjasama Pusat Islam Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berlangsung dengan jayanya di Masjid Al-Mursyidin, Kampus Sultan Azlan Shah, UPSI.
Program bersiri ini mensasarkan mahasiswa dan mahasiswi UPSI dengan matlamat menyediakan platform untuk mereka lebih terlibat dalam aktiviti keagamaan sekaligus menyemarakkan suasana islami di kampus.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Pengarah Pusat Islam UPSI, Ustaz Muhammad Tarmizi Abd Rahman, yang memberikan sokongan moral kepada para pelajar untuk terus menyertai program-program bermanfaat sebegini.


Sambutan hangat dari kalangan mahasiswa menambah seri program, yang berlangsung dalam suasana meriah dan harmoni.
Dengan aktiviti seperti ini, diharapkan mahasiswa bukan sahaja dapat mengeratkan ukhuwah tetapi juga memupuk nilai-nilai murni dalam kehidupan mereka sebagai pelajar yang cemerlang di dunia dan akhirat.
