Oleh: Adilah Zaimi, Abdul Azim Kasri & Ummikalsum Mat Lazim
Tanjong Malim, 21 Disember 2024 – Kepimpinan Persatuan Tahfiz Qiraat (PTQ), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menganjurkan program ‘Family Day PTQ’ yang berlangsung di Pusat Aktiviti Pelajar, Kolej Aminuddin Baki, KSAS. Acara tersebut telah dirasmikan oleh Penasihat Persatuan Tahfiz Qiraat, Ummikalsum Mat Lazim. Program ini melibatkan pelajar dari semester satu hingga tujuh. Program ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada ahli-ahli persatuan, dengan kehadiran seramai 100 orang mahasiswa dan mahasiswi yang memeriahkan Family Day PTQ tersebut.
Program Family Day PTQ dirancang dengan penuh teliti untuk mencapai beberapa objektif utama, antaranya menyediakan platform bagi para pelajar untuk saling mengenali antara satu sama lain, sekali gus mengeratkan hubungan kekeluargaan dalam kalangan ahli. Selain itu, program ini bertujuan untuk membangkitkan semangat kerjasama, saling menghormati, serta memupuk nilai-nilai murni melalui pelbagai aktiviti dan pengisian yang telah disusun dengan penuh bermakna.

Menurut Ummikalsum,, Family Day PTQ bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara ahli persatuan, memupuk semangat kerjasama, dan menanamkan nilai-nilai murni melalui aktiviti yang disediakan. Beliau juga menekankan pentingnya program ini dalam membina ikatan kekeluargaan yang lebih kukuh di kalangan pelajar.



Program Family Day PTQ dimulakan dengan aktiviti senamrobik yang penuh bersemangat, diikuti dengan pelbagai acara permainan yang mengujakan seperti futsal, bola jaring, bola tampar, dan ping pong. Setiap batch diwajibkan untuk menghantar satu pasukan bagi mewakili mereka dalam setiap acara yang dipertandingkan. Para peserta menunjukkan semangat juang yang tinggi dan usaha yang gigih untuk meraih kemenangan dalam setiap pertandingan, menjadikan suasana lebih meriah dan penuh dengan semangat kesukanan.

Menurut Pengarah Program Adilah, Family Day PTQ diadakan dengan tujuan untuk mengeratkan hubungan antara ahli persatuan, sambil mempromosikan gaya hidup sihat melalui aktiviti fizikal yang menghiburkan dan bermanfaat. Beliau turut menekankan bahawa program ini bukan sahaja memberi peluang kepada ahli untuk mengenali barisan kepimpinan baharu, tetapi juga memperkukuh semangat kerjasama, membina kepercayaan, dan mewujudkan persatuan yang harmoni, adil, dan berimpak positif.
Secara keseluruhannya, Family Day PTQ bukan sahaja berjaya mencapai objektif yang ditetapkan, tetapi juga mencipta kenangan manis yang tidak dapat dilupakan oleh semua yang terlibat. Dengan semangat kerja berpasukan yang dipupuk sepanjang program, diharapkan hubungan antara ahli Persatuan Tahfiz Qiraat dapat terus diperkuat, membina sebuah persatuan yang lebih harmoni, adil, dan berimpak positif. Program ini juga memberi impak positif selaras dengan SDG 3: Kehidupan Sihat dan Kesejahteraan. Program ini mempromosikan gaya hidup sihat melalui aktiviti fizikal yang mencabar namun menyeronokkan dan SDG 16: Keamanan, Keadilan, dan Pertubuhan Kukuh, kerana ia memperkukuh kepercayaan ahli persatuan serta meningkatkan keharmonian dalam kalangan mereka.
Dengan berakhirnya Family Day PTQ, diharapkan program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang, memperkukuh lagi semangat kekeluargaan dalam kalangan ahli persatuan serta memberi impak positif pada masa hadapan.
