Oleh: Siti Rahaimah binti Ali

Tanjong Malim – Karnival Pengajian Pendidikan UPSI kali ke-4 ini bukan sahaja menampilkan pelbagai pertandingan menarik, malah turut menonjolkan anugerah istimewa iaitu Ikon Guru Muda yang menjadi
salah satu daya tarikan utama tahun ini. Pertandingan ini julung-julung kali diadakan pada tahun ini. Tema Artificial Intelligence (AI) pada Karnival Pengajian Pendidikan 2025 kali ini menjadi landasan untuk
mendorong para peserta menerapkan elemen inovasi teknologi dalam
pendekatan pengajaran mereka.


Antara pertandingan lain yang diadakan ialah Seminar Kajian Tindakan, Inovasi Amalan Terbaik Pendidikan dan Projek Santun Masyarakat. Selain itu, turut diadakan Forum Pendidikan: Membentuk Pendidikan Holistik dalam Era Digital dalam membimbing mahasiswa memahami peranan pendidik yang dalam mendidik generasi baharu.

Pertandingan Ikon Guru Muda ini memperkenalkan ciri-ciri guru muda yang cemerlang dengan menekankan kemampuan dalam mengaplikasikan pendekatan pengajaran inovatif dan kreatif di bilik darjah dan kawasan sekolah secara menyeluruh. Melalui pertandingan ini juga, para peserta berpeluang menyerlahkan bakat dan kebolehan mereka dalam menjadi seorang pendidik yang berkaliber tinggi sekali gus meningkatkan nilai profesionalisme seorang pendidik dalam usaha membina generasi yang cemerlang dan berilmu pada masa hadapan.