Oleh: Nurul Fazlin Hidayah Ibrahim

Tanjong Malim, 4 Januari 2025 – Exco Blok Kediaman 2 atau dikenali sebagai Aurellia di bawah naungan Majlis Mahasiswa Kolej Harun Aminurrashid Sidang 2024/2025 menganjurkan Program Happy Hour yang melibatkan peserta penghuni wanita KHAR.

Antara aktiviti yang disediakan termasuklah mewarna doodle dan permainan dalaman seperti congkak, karom, sahibba dan banyak lagi.

Program ini bertujuan untuk memberi peluang kepada peserta untuk mengasah kemahiran seni melalui penggunaan kombinasi warna.

Selain itu, dengan permainan dalaman yang disediakan juga mampu menghilangkan tekanan pelajar dikala minggu getir yang penuh dengan tugasan.

Malahan, melalui permainan seperti karom membolehkan peserta merasai pengalaman berharga yang menghubungkan mereka dengan kemahiran berfikir secara kritis melalui strategi permainan.

Pengarah program, Nurul Ain Fitry Lukman merangkap Exco Blok Kediaman 2, Majlis Mahasiswa Kolej Harun Aminurrashid Sidang 2024/2025, menzahirkan rasa syukur dan gembira dengan penyertaan di atas penyertaan penghuni wanita KHAR ke program Happy Hour kerana dapat menjayakan program yang dianjurkan.

Justeru beliau juga berharap agar program ini dapat memberikan kesan yang positif kepada peserta.

Felo Blok Kediaman 2, Cik Nurul Najwa Mohamad mengucapkan terima kasih kepada peserta yang hadir dalam menjayakan program yang dianjurkan.

Beliau juga mengucapkan setinggi – tinggi tahniah kepada ahli jawatankuasa yang terlibat dalam program ini.

Beliau juga memaklumkan bahawa dengan adanya program sebegini mampu mengasah dan mencungkil bakat seni dan memberi kesan positif kepada mental dan fizikal individu.

Kata – kata beliau diakhiri dengan ucapan selamat maju jaya dan menikmati aktiviti yang disediakan kepada para peserta.

Pengetua Kolej Harun Aminurrashid, Dr. Haji Che Anuar Che Abdullah turut meluahkan rasa bangga dan memberikan pujian terhadap penganjuran program ini kerana dapat mencungkil bakat baharu dalam kalangan penghuni Kolej Harun Aminurrashid serta memberi peluang kepada peserta untuk melepaskan beban dikala minggu akhir semester.

Program Happy Hour ini diakhiri dengan harapan agar bakat yang diasah dan dicungkil mampu dimanfaatkan dengan baik dan permainan dalaman perlu diutamakan untuk kesejahteraan bersama.

Tidak lupa juga dengan pemberian penghargaan kepada peserta terbaik melalui aktiviti yang disediakan. Secara tidak langsung, objektif program ini tercapai dengan mengasah dan mencungkil bakat seni penghuni dan mampu memberikan kesan positif melalui permainan dalaman.