Oleh : Amalina Najwa Abdul Alim

Tanjong Malim, 9 Januari 2025 di Masjid Al-Mursyidin: Exco Latihan dan Pembangunan Sahsiah, Majlis Mahasiswa Kolej Harun Aminurrashid (KHAR) Sidang 2024/2025, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengadakan program Maghrib Macam Raya yang berslogankan “Bersatu Dalam Iman, Berjemaah Menggapai Keberkatan” telah berlangsung dengan jayanya.

Majlis ini diadakan untuk meningkatkan kesedaran rohani iaitu memberikan ruang kepada mahasiswa untuk mendalami ilmu agama, memperbaiki amalan solat berjemaah, serta mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Poster Program Maghrib Macam Raya

Selain itu, program seperti ini juga berperanan memupuk ukhwah islamiah kepada mahasiswa yang beragama Islam selaras dengan semangat persaudaraan sesama umat.

Program ini melibatkan semua mahasiswa dan mahasiswi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Majlis turut dihadiri oleh Pengarah Pusat Islam, Majlis Pengetua Kolej Kediaman dan  barisan felo-felo blok kediaman KHAR.

Dalam suasana yang santai tetapi penuh barakah menjadikan hubungan sesama individu lebih akrab, sekaligus memupuk semangat ukhuwah Islamiah yang kian pudar dalam arus kehidupan moden.

Menggapai Berkah, Membina Ukhuwah: Majlis Khatam Al-Quran
Menggapai Berkah, Membina Ukhuwah: Majlis Khatam Al-Quran

Kemudian, majlis dimulai dengan sesi Khatam Al-Quran, Tahlil, dan Doa Khatam Quran. Aktiviti diteruskan dengan persiapan untuk Majlis Iftar sambil diiringi dengan Zikir Munajat, mencipta suasana yang penuh keberkatan.

Selepas Maghrib, kita akan bersama-sama menikmati jamuan makan yang disediakan sambil mengeratkan ukhuwah sesama kita dalam suasana penuh kemeriahan.

Kuliah Maghrib Dato’ Ustaz Kazim Elias: Adab lebih tinggi daripada ilmu

Majlis diteruskan dengan penuh keberkatan apabila para hadirin bersama-sama menunaikan solat Isyak secara berjemaah.

Seusai solat, mereka disajikan dengan ilmu yang bernilai melalui Ceramah Perdana yang disampaikan oleh Dato’ Ustaz Mohd Kazim Elias.

Program diteruskan lagi melalui Ceramah Perdana yang disampaikan oleh Dato’ Ustaz Mohd Kazim Elias.

Dalam ucapannya, beliau menyimpulkan bahawa adab mendahului ilmu, kerana orang yang berilmu tanpa adab akan kalah dengan orang yang sabar dan berakhlak mulia. Jadikan adab sebagai asas hidup, kerana ia adalah kunci kesejahteraan dunia dan akhirat.

Pengarah Program, Aisyah Farhah Kamarul Baharin melahirkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana program Maghrib Macam Raya telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya.

Dalam ucapannya, program yang telah berlangsung dengan penuh keberkatan ini membuktikan bahawa ukhuwah Islamiah dan semangat kebersamaan dalam komuniti dapat disemarakkan melalui aktiviti yang beriman.

Barisan AJK Pelaksana Program Maghrib Macam Raya

Secara keseluruhan, program Maghrib Macam Raya berjaya mencapai objektifnya untuk memupuk ukhuwah, mempertingkatkan amalan kerohanian, dan menyemai rasa kebersamaan melalui ibadah secara berjemaah.

Program ini diharapkan dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai satu usaha mengeratkan silaturahim dan menyemarakkan aktiviti keagamaan di peringkat komuniti.