Oleh : FOO YING YING

Tanjong Malim, 11 Januari 2025 – Program Perlawanan Persahabatan “Silat Test Match” menjadi suatu arena penanda aras bagi melihat kemahiran atlet Silat disamping mengeratkan hubungan antara mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan mahasiswa dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) serta Pasukan Silat SUKMA Selangor

Program ini dianjurkan oleh Exco Sukan dan Rekreasi, Majlis Mahasiswa Kolej Harun Aminurrashid 2024/2025 dengan kerjasama Kelab Pencak Silat UPSI, Pusat Sukan UPSI serta Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UPSI.

Penganjur turut menjemput Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) dan Pasukan Silat SUKMA Selangor turut serta dalam program ini.

Program yang dijalankan dari pukul 8.00 pagi hingga 9.00 malam di Dewan Harun Aminurrasshid telah melibatkan seramai 72 orang mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris dan 150 orang mahasiswa Universiti awam yang lain.

Selain itu, program ini juga berfungsi sebagai satu platform bagi mahasiswa mempersembahkan bakat mereka, dan menjalani persaingan yang sihat, serta meningkatkan kemahiran komunikasi dalam kalangan peserta sekaligus mencapai Matlamat Pembangunan Mampan yang ketiga iaitu kesihatan baik dan kesejahteraan yang menjadi tujuan utama program ini.