Oleh: Nur Liyana Mohd Badwi & Ahmad Thaqif Zainudin
Tanjung Malim, 18 Januari 2025– Persatuan Pendidikan Islam (PPI) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bagi sidang 2024/2025 telah menganjurkan Program Iqra’. Program Iqra’ merupakan program yang dilaksanakan bagi memberikan persediaan awal kepada mahasiswa UPSI bagi menjalani latihan mengajar pada semester 8 nanti.

Program ini dilaksanakan di E-learning 1, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, UPSI disampaikan oleh panel jemputan khas iaitu Pengasas kaedah e-Hijaiyyah, Mazli Md Zain@ Zakaria.Beliau berkelulusan dalam Ijazah Sarjana Muda Syariah Islamiah dan pernah dinobatkan sebagai Guru Lestari Kecemerlangan peringkat daerah Kota Kinabalu 2021 serta mendapat anugerah Guru Inovatif daerah Sepang pada tahun 2022.

Program ini banyak memberi pendedahan awal kepada mahasiswa UPSI tentang kaedah pengajaran ilmu awal membaca Al-quran iaitu mengenali huruf hijaiyyah kepada kanak-kanak. Selain itu juga, para peserta yang terlibat dan menyertai program ini sedikit sebanyak dapat membentuk jati diri serta meningkatkan ilmu pengetahuan dan dapat mendidik kita sebagai seorang guru yang lebih bertanggungjawab dalam menyebarkan ilmu kepada ummah.

Program ini dapat mencapai matlamat UPSI bagi melahirkan guru yang memiliki nilai bitara yang hanya boleh didapati dan diperolehi di dalam kalangan mahasiswa. Diharapkan semoga pengisian yang bermanfaat di dalam program ini juga dapat membantu mahasiswa khususnya PPI dalam menghadapi latihan mengajar pada semester 8 kelak.
