Oleh: Puan Bazliah Mahmud dan Mohd Ali Abdul Malek
Tanjong Malim, 30 April 2025 – Program TownHall MIHRAB 2025 (Program Praktikal Ibadah & Pembangunan Insan) telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Solat Utama, Masjid Al-Mursyidin UPSI.
Program ini merupakan satu inisiatif baharu yang diperkenalkan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UPSI, Prof. Dr. Norkhalid Salimin bagi tujuan pemerkasaan ibadah dan pembangunan insan mahasiswa.
Pusat Islam telah menjemput Imam Muda Azhar Ghazali untuk memberi penjelasan lanjut berkaitan pengisian modul kepada mahasiswa muslim semester 5 yang mengikuti program ini.



Selesai townhall , sesi menjawab soal selidik dan ujian ringkas dilaksanakan bagi memudahkan Pusat Islam mengenal pasti tahap kefahaman berkaitan tauhid, fekah dan tasawwuf dalam kalangan mahasiswa muslim.


Semoga pelaksanaan Program TownHall MIHRAB 2025 akan memberikan manfaat ke arah kemenjadian mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris yang holistik, rasional, beradab & berakhlak
