Oleh: Dr. Jamilah Mohd Basir

Tanjong Malim, Delegasi kolaborasi perkhidmatan komuniti antarabangsa yang terdiri dari Telkom University (Tel-U), Maranatha Christian University (MCU), Institut Keguruan dan Ilmu Pendidikan (IKIP) Siliwangi, dan Mandiri Subang University, Indonesia telah mengadakan lawatan dan User Acceptance Testing (UAT) bagi Interactive Digital Signage sebagai media pendidikan untuk kesedaran bencana bagi pendidikan awal kanak-kanak ke Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak (NCDRC), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Lawatan ini disertai oleh enam orang pensyarah dan lima orang pelajar dari pelbagai institusi. Kunjungan daripada delegasi ini telah disambut oleh tiga orang wakil pihak pengurusan dan pendidik daripada NCDRC. UAT telah dilaksankaan dengan melibatkan kanak-kanak NCDRC berumur empat hingga enam tahun. Selari dengan itu, sesi temu bual berfokus juga dilaksanakan bersama pendidik NCDRC bagi mendapatkan pandangan berkaitan Interactive Digital Signage yang telah dibangunkan serta mendapatkan maklumat baharu berkaitan kesedaran bencana dalam pendidikan awal kanak-kanak selari dengan kontaks Malaysia. 

Selain itu, perbincangan lanjutan berkaitan kajian akan datang juga turut dilaksanakan bagi mengembangkan kajian sedia ada. Pihak delegasi juga telah menyerahkan digital signage sebagai hadiah untuk kegunaan kanak-kanak empat hingga enam tahun berkaitan topik pengurusan bencana. Lawatan ini diharapkan dapat menjadi titik permulaan untuk kerjasama yang lebih meluas pada masa akan datang untuk kebaikan kanak-kanak di NCDRC khusus dan Malaysia amnya.