Bergambar bersama-sama semua peserta Kursus Pedagogi Guru KAFA selepas selesai perasmian penutup kursus.Bergambar bersama-sama semua peserta Kursus Pedagogi Guru KAFA selepas selesai perasmian penutup kursus.

Oleh: Dr. Kama Shaffeei

Tanjong Malim, 26 Ogos 2025 – Pihak Universiti Pendidikan Sultan Idris  (UPSI) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) telah menganjurkan Kursus Pedagogi Guru Kelas Al Quran dan Fardu Ain  (KAFA) pada 26 Ogos hingga 28 Ogos bertempat di Pusat ICT UPSI dan Scholar Suites UPSI.

Kursus ini melibatkan seramai 50 orang Guru KAFA JAIP bersama-sama pegawai JAKIM dan JAIP yang turut hadir. Perasmian penutupan kursus disempurnakan oleh En Mohd Abdul Salam bin Mat Kassim, Ketua Penolong Pengarah, Cawangan Pengurusan KAFA,Bahagian Pendidikan, JAKIM Putrajaya.

Dalam ucapannya beliau berkata, Guru KAFA perlu dibekalkan dengan pengetahuan dan kemahiran pedagogi pendidikan dalam mendidik murid -murid.

Sokongan kecerdasan buatan (Artificial Intelligence) penting pada masa kini dan selaras dengan pembentukan inidividu celik digital  supaya boleh meneroka ilmu pengetahuan dunia global.

Kursus Pedagogi Guru KAFA JAKIM menggunakan Kecerdasan Buatan (AI) ini diketuai oleh Dr Kama Shaffeei, Pengarah Pusat Inisiatif Pemodenan Pendidikan (PiPP) UPSI bersama-sama Pensyarah Kanan yang lain iaitu Dr Mohd Syaubari Othman (Fakulti Pembangunan Manusia,UPSI), Dr Shakila Che Dahalan (Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI) dan Dr Mohd Fadhil Harfiez Abdul Mutalib (Fakulti Komputeran dan Meta-Teknologi).Turut hadir sama ialah Dr Zuriza Husin (Penolong Pengarah Kanan, Unit Latihan JAKIM), Puan Nurul Firdaus Mohd Rusli (Penolong Pengarah Kanan, Unit Perkhidmatan JAKIM), Encik Afif ( Penyelia KAFA, JAIP) dan En Mohd Effandi Dato’ Zailan ( Pengerus Besar UPSI Holdings).

Sehubungan itu, Dr Kama Shaffeei juga memaklumkan kursus pedagogi dengan pendekatan sokongan AI penting bagi membantu guru-guru KAFA meningkatkan pengetahuan dan kemahiran KAFA dengan sokongan teknologi AI.

Kursus Guru KAFA ini menggunakan pendekatan AI Pedagogi ini menggunakan platform KAMAPEDAGOGI yang telah dibangunkan oleh Dr Kama Shaffeei melalui inovasi pengajaran dan pembelajaran dalam kursus KPD3016 Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran yang diajar peringkat Diploma PascaSiswazah Pendidikan (DPSP) UPSI dan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan UPSI.

Perkongsian kepakaran ini menunjukkan bahawa peranan UPSI sebagai Penerajui Kebitaraan Pendidikan terlaksana dengan jayanya.

Yang Berusaha En Mohd Abdul Salam bin Mat Kassim, Ketua Penolong Pengarah, Cawangan Pengurusan KAFA,Bahagian Pendidikan, JAKIM Putrajaya ketika menyampaikan ucapan perasmian penutupan pada 28 Ogos 2025 di Scholar Suites UPSI.
Dr Kama mengendalikan slot pengenalan pedagogi pendidikan kepada semua guru KAFA JAKIM.
Peserta Guru KAFA fokus mengikuti kandungan kursus AI Pedagogi semasa latihan berlangsung.

Justeru, Platform KAMAPEDAGOGI ini juga digunakan dalam melatih guru-guru di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan-jabatan Pendidikan, Kesatuan Guru Malaysia dan NGO yang lain.

Sokongan AI dalam pendidikan merupakan satu inisiatif yang penting ketika ini dan selaras perkembangan Revolusi Industri 4.0 dan abad ke-21.

Oleh itu, kursus dan latihan secara berkala mampu membantu meningkatkan profesionalisme guru-guru di seluruh Malaysia. Inisiatif yang dimainkan oleh pihak JAKIM dan JAIP adalah bertepatan demi memperkasa guru di masa hadapan.

UPSI sentiasa bersedia membantu dan berkongsi kepakaran sedia ada khususnya dalam AI pendidikan demi melonjakkan kompetensi guru sebagai agen perubahan pendidikan negara.