Gambar bersama para Rakan exco bersama Exco, Felo dan PentadbiranGambar bersama para Rakan exco bersama Exco, Felo dan Pentadbiran

oleh: Dayangku Aisyah dan Danish Irfan 

Tanjong Malim, 9 November 2025 – Menelusuri semangat peserta yang berkobar, Bengkel Professional Leadership: Grow, Lead, Inspire telah berlangsung dengan penuh jayanya pada 8 dan 9 November 2025 di Dewan Kolej Ungku Omar, UPSI.

Program ini terlaksana bukan sekadar sebagai latihan atau bengkel, tetapi sebagai inisiatif membina karakter, menggilap bakat kepimpinan dan memupuk rasa tanggungjawab dalam diri peserta.

Melalui pengisian holistik selama dua hari, peserta didedahkan dengan aktiviti-aktiviti dan modul menarik yang mengukuhkan hubungan erat di antara para peserta di samping mendedahkan mereka kepada hal ehwal berorganisasi.

Slot Ice Breaking
Slot Pengurusan Organisasi (YDP) & Slot Bengkel (Majlis Setiausaha)
Slot Pengurusan Organisasi (YDP) & Slot Bengkel (Majlis Setiausaha)

Setiap sesi diselitkan bersama pengalaman baharu dan membuka minda peserta dalam tatacara pelaksanaan dan pengurusan program.

Antara pengisian menarik program ini termasuk sesi ice-breaking, team-building, slot pengurusan organisasi dan bengkel unit setiausaha, bendahari serta protokol yang memberi serba sedikit penerangan tentang organisasi MMKUO ini.

Aktiviti yang dijalankan juga mencabar setiap peserta untuk bekerjasama dan berkomunikasi sesama rakan sekumpulan bagi menyelesaikan tugasan yang diberikan dalam suasana penuh semangat, sekali gus memupuk kepimpinan dan semangat berpasukan.

Aktiviti oleh barisan felo
Aktiviti Team-Building
Ucapan wakil felo, En. Alamin Ismail

Wakil felo, Alamin Ismail turut menyampaikan ucapan beliau dalam majlis penutup dengan menzahirkan rasa penghargaan kepada semua pihak yang terlibat serta menekankan kepentingan semangat kerjasama dan keprihatinan sosial dalam menjayakan program sebegini. 

“Program ini telah berjaya disempurnakan dengan penuh semangat dan kerjasama. Tahniah diucapkan kepada semua Rakan Exco yang berani menyahur cabaran dan terbuka menerima pengalaman serta ilmu baharu.

Ucapan perasmian oleh En. Muhamad Hafiz Abd Manap
Ikrar Rakan Exco

“Kepimpinan bukan sekadar gelaran atau jawatan, tetapi merupakan tanggungjawab untuk memimpin dengan amanah dan memberi manfaat kepada orang lain”, ucap En. Muhamad Hafiz Abd Manap selaku pegawai penolong tadbir di Kolej Ungku Omar. 

Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil pelantikan kepada wakil Rakan Exco Majlis Mahasiswa Kolej Ungku Omar Sidang 2025/2026 yang menjadi simbolik tanda berakhirnya program Professional Leadership: Grow, Lead, Inspire.

PROLEAD melabuhkan tirainya namun meninggalkan impak mendalam kepada setiap peserta. Mereka pulang bukan hanya dengan ilmu dan pengalaman baharu, tetapi juga visi yang lebih jelas dan keyakinan untuk memimpin dengan berintegriti. Bengkel ini menjadi pemangkin kepada kepimpinan mahasiswa yang progresif, berwawasan dan berjiwa unggul, seiring aspirasi UPSI untuk melahirkan pemimpin pelajar yang holistik, dinamik dan berdaya saing.